Dalam hantaran di Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
Beliau mendakwa ramai yang hanya muncul ketika kesenangan dan ada juga yang bersikap bermuka-muka.
“Tetapi hidup ini penuh dengan pengajaran. Di sebalik kepahitan hari ini,
terdapat setitik kemanisan dan penghargaan,” katanya pada Rabu.
Pada hari yang sama, Najib diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi atas pendakwaan empat kes
menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan hampir RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan wang yang sama.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.
Bekas Presiden UMNO itu juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir untuk menanti perkembangan keputusan berkaitan kes tersebut.
“Terlihat ramai penyokong dan rakyat biasa yang mengenang jasa serta merindui dasar pentadbiran dahulu.
“Ikhlas. Inilah yang benar-benar sahabat sejati. Semoga persahabatan di dunia ini kekal dan menjadi bekal di akhirat,” ujarnya.
BACA”: ‘Muhyiddin tidak relevan’ Adun Kedah dedah Wan Fahysal perlekeh Presiden Bersatu