Ramai terkejut bila tahu punca Giant Batu Caves ditutup selepas 22 tahun

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pasar Raya Giant Batu Caves, yang menjadi destinasi membeli-belah ikonik sejak mula beroperasi pada tahun 2003,

secara rasminya menutup tirainya pada Sabtu lalu. Penutupan ini berlaku selepas tempoh sewa di Lot 10243, Mukim Batu, yang berkeluasan 180,000 kaki persegi, tamat.

Berita ini mengundang rasa hiba di kalangan pengguna setia, yang telah mencipta pelbagai kenangan indah di pasar raya tersebut sepanjang lebih dua dekad operasinya.

“Sedihnya Giant Batu Caves tutup. Dari kecil selalu pergi.

Masih ingat ada gelongsor besar di tengah pasar raya dan food court yang jadi kegemaran ramai… banyak kenangan di sini,” kongsi Noor Shaheera menerusi media sosial.

Ramai terkejut bila tahu punca Giant Batu Caves ditutup selepas 22 tahun

Bagi Ayarus August, Giant Batu Caves bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi juga pernah menjadi lokasi dia mencari rezeki. “Banyak kenangan di sini masa dulu kerja,” ujarnya dengan penuh nostalgia.

Seorang lagi pengguna, Tougarashi Ae Suki Aokawa, turut berkongsi kenangan manisnya.

“Terima kasih Giant. Ini tempat membeli-belah masa tinggal di Selayang dulu. Walaupun dari Perak, kalau pergi ke Selayang mesti singgah sini. Sedihnya,” katanya.

Namun, ini bukanlah penghujung buat jenama Giant. Operasi pasar raya tersebut akan berpindah ke lokasi baharu di Sri Gombak.

Sementara itu, tapak lama di Batu Caves akan diambil alih oleh TF Value-Mart, sebuah rangkaian pasar raya yang kian berkembang.

Pengambilalihan ini dimeterai melalui perjanjian bersama pemilik hartanah, Crystal Promenade Sdn Bhd, pada 2023.

Dengan transformasi ini, kawasan tersebut dijangka akan terus menjadi tumpuan bagi penduduk sekitar.

Selamat tinggal Giant Batu Caves, dan selamat datang TF Value-Mart!

BACA: Budak 5 Tahun power matematik, kuasai bahasa Sepanyol dan Rusia