Ramai teringin pergi konsert Coldplay tapi harga tiket undang keluhan netizen.
Harga tiket bagi konsert kumpulan rock British, Coldplay di Malaysia menjadi bualan netizen.
selepas diumumkan dalam laman web Go Live-Asia sebagai penjual rasmi tiket untuk persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Harga yang dijual antara RM228 ke RM3,088, namun terdapat juga harga lain iaitu RM2,108 sehingga RM1,258 dan pemegang tiket ini akan diberikan pengalaman lawatan ke belakang pentas melalui pintu masuk khusus, diberikan barang eksklusif serta hadiah yang direka khas.
Para pengguna Twitter mula melakukan pra pembelian tiket dan terdapat segelintir netizen mengharapkan harga jualan tiket dapat dikurangkan di bahagian zon berdiri berbanding tempat duduk yang lain.
Menurut pengguna Twitter @nabilrsl berharap, pihak penganjur dapat menjual tiket dengan harga yang berpatutan agar mereka dapat menonton kumpulan rock berkenaan.
“Kepada @Go LiveAsia boleh tak buka pembelian tiket untuk zon berdiri dengan harga yang rendah untuk nampak penuh di bawah,” ujarnya.
Dalam pada itu, bagi peminat dari Thailand, Filipina dan Singapura mungkin akan terbang ke Kuala Lumpur kerana tiada persembahan dijadualkan di negara mereka.
Bagi pengguna Twitter dari Indonesia, @agenneeptunus berkata, dia begitu teruja apabila mengetahui kumpulan rock tersebut akan mengadakan konsert walaupun harga tiket agak mahal.
“Mendengar Chris Martin berkata ‘and I will try to fix you’ jadi semangat ‘berperang’ mendapatkan tiket,” katanya.
BACA: Anwar ucap ‘selamat datang’ Coldplay, peminat minta tiket harga ‘Rahmah’
Pada 9 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kumpulan rock terkenal British, Coldplay yang akan menjayakan konsert mereka di Kuala Lumpur, pada 22 November depan.
Ramai yang mengalu-alukan kedatangan Coldplay itu malah ada yang meminta agar harga tiket Rahmah disediakan untuk konsert mega tersebut.
BACA: