Ramai tanpa sedar rupanya salah teknik masuk gear! Ini cara ‘mujarab’ elak gearbox rosak

Oleh DAHLIA MARZUKI

Kereta automatik memang memudahkan pemanduan kerana tidak perlu menekan klac untuk menukar gear.

Namun, salah satu komponen penting yang perlu dijaga dengan baik untuk memastikan kelancaran pergerakan kereta adalah gearbox automatik.

Berikut adalah tiga perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan gearbox automatik tidak mudah rosak:

Ketika berhenti di lampu isyarat:

Biasanya pemandu membiarkan gear dalam mod pemanduan D dan hanya menekan brek kereta semasa menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Ramai tanpa sedar rupanya salah teknik masuk gear! Ini cara 'mujarab' elak gearbox rosak

Cara ini boleh menyebabkan beban pada gearbox. Sebaiknya, tukar gear kepada ‘N’ dan tarik brek tangan sementara menunggu lampu hijau.

Semasa parkir di kawasan curam atau berbukit:

Ketika parkir di kawasan curam atau berbukit, jangan terus masukkan gear ke dalam mode parking ‘P’ selepas menekan brek.

Amalan ini boleh menyebabkan bebanan yang tinggi pada gearbox.

Sebaliknya, tekan brek kaki, tukar gear ke N, tarik brek tangan, lepaskan brek kaki, dan barulah masukkan gear ke P.

Ketika melalui kawasan curam atau berbukit:

Apabila melalui kawasan curam atau berbukit, elakkan daripada sentiasa menekan brek. Guna gear rendah seperti S, 1, atau 2 untuk memperlahankan kenderaan.

Jika selalu menekan brek, brek pad boleh haus dan terbakar disebabkan panas.

BACA: “Bila suami meninggal aku langsung tak menangis, dekat sebulan akhirnya aku balik rumah, hilang nyawa bila tengok balkoni”