Ramai tak tahu salah masak kentang sebenar punca kanser, ini cara yang betul memasaknya

Oleh DAHLIA MARZUKI

Kentang adalah antara makanan yang sering dijadikan menu utama dan sampingan untuk anak-anak.

Tidak kira sama ada dimasak sebagai kentang putar, bersup, atau bergoreng, pemilihan kentang

cara memasaknya perlu diberi perhatian. Ini kerana ramai yang menggunakan cara memasak kentang dengan suhu tinggi.

Apa bahayanya? Jika anda ingin tahu, semakin tinggi suhu dan semakin lama proses memasak,

semakin banyak acrylamide yang terbentuk, yang berisiko toksik dan kanser untuk anak-anak. Ini sangat membimbangkan!

Ramai tak tahu salah masak kentang sebenar punca kanser, ini cara yang betul memasaknya

CARA MASAK KENTANG YANG BETUL TANPA GUNA SUHU TINGGI

Menggoreng kentang untuk anak menggunakan air fryer bukanlah pilihan yang lebih baik. Menggoreng kentang dalam kuali dengan suhu tinggi juga tidak disyorkan.

Begitu juga dengan menggoreng kentang dalam deep fryer menggunakan suhu tinggi. Menggoreng kentang dalam air fryer juga melibatkan suhu tinggi sekitar 180 darjah.

Kita perlu cuba mengelakkan memasak kentang pada suhu tinggi sehingga terdapat kesan warna coklat. Ini bukan sekadar tentang menggoreng dengan minyak atau tanpa minyak/sedikit minyak.

Kita perlu lebih berhati-hati jika anak suka makan fries atau jika mereka memakannya setiap hari. Apabila kentang dimasak pada suhu melebihi 120 hingga 150 darjah, acrylamide akan terbentuk, memberikan rasa, warna, dan aroma baru pada kentang.

Semakin tinggi suhu yang digunakan dan semakin lama tempoh memasak, semakin banyak acrylamide yang dihasilkan dalam kentang

Menggunakan air fryer pada suhu tinggi dan memasak untuk tempoh yang agak lama untuk mengcrispykan kentang juga menyumbang kepada penghasilan acrylamide

Kajian menunjukkan bahawa acrylamide adalah neurotoxin yang boleh memberi kesan toksik kepada otak anak dan juga meningkatkan risiko kanser.

Bukan bermakna kita tidak boleh memberi anak makan kentang. Kentang sebenar, bukan fries dari makanan segera, adalah makanan yang selamat untuk anak. Mari kita lihat lima cara untuk mengurangkan kandungan acrylamide dalam kentang yang kita masak untuk anak:

Elakkan menyimpan kentang dalam peti sejuk. Simpan kentang di tempat yang sejuk dan gelap. Ya, french fries yang kita beli boleh disimpan dalam peti sejuk beku, tetapi sebaiknya kita elakkan membelinya. Sebaiknya, potong kentang sendiri di rumah dan terus goreng untuk anak.

Rendam kentang selama 15 hingga 30 minit sebelum menggoreng, memanggang, atau menggrill untuk mengurangkan kandungan acrylamide semasa memasak.

Menggoreng kentang menghasilkan lebih banyak acrylamide berbanding membakar dan memanggang. Merebus dan mengukus kentang tidak menghasilkan acrylamide atau menghasilkan dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Elakkan memasak kentang dalam tempoh yang lama.

Goreng atau air fry kentang sehingga warna kekuningan sahaja. Elakkan memasak sehingga garing hingga berwarna coklat. Kita dapat mengurangkan banyak acrylamide dalam makanan jika kita tahu cara memasak yang betul.

Sebolehnya, kita harus mengelakkan memberi anak fries yang telah siap digoreng atau yang belum digoreng. Elakkan terus membeli dan menyimpannya di rumah.

BACA: Sambil lewa dengan aduan rakyat, MB Selangor tegur MPAJ