Ramai tak tahu rupanya, Sultan Johor tak pernah culas bayar cukai
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada setiap tahun
Baginda menjalankan kewajipan sebagai pembayar cukai dengan membayarnya secara teratur tanpa gagal.
Pada hari ini (6 November), Baginda Tuanku Sultan berkenan menerima mengadap Pengarah LHDN Johor, MD Kamal Johan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Dalam pertemuan bersama Baginda, Md Kamal turut mempersembahkan cek lebihan bayaran cukai kepada DYMM Sultan Johor bagi tahun 2018.
“DYMM Sultan Johor setiap tahun membayar cukai secara teratur dan tepat di mana ia (cukai) merupakan salah satu enjin penting kepada negara dalam memperoleh hasil pendapatan.
“Ini bukan sahaja penting untuk pembangunan negara, malah juga penting untuk pertumbuhan ekonomi negeri Johor,” kata Md Kamal kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.
Pada hari ini, Baginda Tuanku Sultan turut berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal.