Ramai tak tahu, rupanya kalau kereta ‘eksiden’ kena langgar boleh dapat elaun harian, ini cara claim
Apa Itu “Loss Of Use” & Macam Mana Cara Nak Buat “Claim” Tersebut?
Pada zaman sekarang ini, keperluan untuk mengambil insurans adalah sangat penting kerana ia dapat membantu menampung kos yang melibatkan sebarang kemalangan atau masalah kesihatan.
Insurans juga mempunyai pelbagai jenis, dari segi perlindungan kesihatan sehinggalah insurans kenderaan seperti kereta dan lain-lain lagi.
Kegunaan insurans ini seperti sedia maklum adalah ia digunakan untuk membantu seseorang yang dilindungi daripada menanggung kos yang tinggi.
Sebagai contoh dalam segi kesihatan bagi rawatan yang memerlukan proses pembedahan kos rawatan mungkin akan menjadi mahal. Pada waktu inilah insurans tersebut digunakan untuk menampung dan melindungi kos rawatan.
Salah satu perkara yang sering digunakan dalam insurans adalah ‘Loss of Use’.
Terma loss of use digunakan dalam kejadian kemalangan yang melibatkan kenderaan anda. Ia adalah kos pengangkutan selama masa baik pulih kenderaan atau kos sewa kenderaan gantian sepanjang kereta asal anda sedang dibaik pulih oleh bengkel.
Untuk memahami lebih lanjut lagi, mari kita ikuti perkongsian daripada seorang lelaki berkenaan apa itu ‘loss of use’ menerusi perkongsian video TikTok @matboroi71.
@matboroi71♬ original sound – matboroi71
Menurut lelaki itu, loss of use adalah kos kerugian atau pampasan yang melibatkan diri kita selepas kemalangan berlaku yang melibatkan kenderaan. Ia termasuk apabila kita tidak dapat bekerja dan perlu duduk di rumah untuk berehat.
“Sehari kita dapat pampasan berapa ringgit. Sebagai contoh sehari seratus ringgit, so tiga bulan kita tak kerja adalah amount-amount sepatutnya kita patut dapat,” kata lelaki itu dalam video perkongsian tersebut.
Kredit TikTok
Lelaki itu juga turut berkongsi contoh sebuah kes yang melibatkan sebuah kenderaan seorang wanita.
Tambahnya, kenderaan wanita itu kemalangan dan tidak dapat digunakan selama 98 hari. Apabila wanita itu membuat tuntutan loss of use, dia hanya dapat jumlah keseluruhan pada mulanya hanya RM1,000 lebih sahaja.
Setelah melihat panduan Bank Negara, wanita itu tidak berpuas hati dengan jumlah yang diberikan.
Lalu dia telah membuat surat berserta panduan Bank Negara dan minta panduan syarikat insurans apa yang mereka pakai.
Namun pihak syarikat insurans masih tidak mahu memberikan jumlah tuntutan yang sepatutnya kepada wanita tersebut.
Pada akhirnya wanita itu telah menulis emel lalu dia telah cc emel tersebut kepada pejabat peguam dan Bank Negara.
Selepas emel tersebut dibuat baru pihak insurans mahu membayar jumlah tuntutan yang sepatutnya diterima oleh wanita berkenaan.
“Loss of Use ni macam-macam lagi pengguna boleh dapat. Jangan bersyukur dengan apa yang diberi, tetapi cuba lawan dapatkan hak anda,” kata lelaki itu diakhir video tersebut.
Kepada pengguna diluar sana, lepasni dah tahukan macam mana nak buat kalau tuntutan anda tidak sama dengan jumlah di dalam panduan yang sepatutnya anda dapat. Jangan mudah tertipu, periksa dahulu apa tindakan yang boleh dibuat oleh anda.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio