Memenangi pingat emas dalam mana-mana acara sukan adalah satu pencapaian yang sangat berharga, terutama jika atlet tersebut berjaya meraihnya di Olimpik.
Namun, pernahkah anda tertanya-tanya berapakah harga sebenar satu pingat emas Olimpik yang diberikan kepada atlet yang berjaya?
Harga sebenar pingat emas Olimpik dianggarkan sekitar USD$810 (RM3,418.20) hingga USD$820 (RM3,460).
Jadi, adakah atlet Olimpik hanya mendapat kurang daripada RM3,500 jika mereka memenangi pingat emas?
Setelah anggaran harga pingat emas Olimpik didedahkan, ramai yang beranggapan nilai tersebut tidak setimpal dengan usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh atlet untuk memenanginya.
Namun, menurut U.S. Olympic Committee, atlet yang memenangi pingat Olimpik akan menerima ganjaran wang tunai yang signifikan bergantung pada jenis pingat yang dimenangi.
Dikenali sebagai Operation Gold, atlet yang meraih pingat emas akan diberikan ganjaran sebanyak USD$37,500 bagi setiap pingat emas yang diperoleh. Pemenang pingat perak akan menerima USD$22,500, manakala penerima pingat gangsa akan mendapat USD$15,000.
Mengenai komposisi pingat emas Olimpik, ternyata satu pingat emas Olimpik hanya mengandungi enam gram lapisan emas dan 550 gram perak.
Untuk pengetahuan anda, satu-satunya masa di mana pingat emas Olimpik yang dianugerahkan kepada atlet dibuat sepenuhnya daripada emas adalah semasa Sukan St. Louis pada tahun 1904 dan Sukan London pada tahun 1908.
BACA: Beregu Badminton lelaki pula ikut jejak Lee Zii Jia tinggalkan pasukan kebangsaan