Ramai tak tahu Amin Idris rupanya mualaf peluk Islam pada usia 4 tahun

Oleh INFORAKYAT

Penceramah bebas dan personaliti TV, Amin Idris mendedahkan dia adalah seorang penganut agama Kristian sebelum memeluk agama Islam pada usia 4 tahun.

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah segmen bersama sebuah stesen radio swasta tempatan, Molek FM, baru-baru ini.

Berkongsi kisah pada awal penghijrahan, pengacara berusia 42 tahun itu berkata, dia dan ibunya kurang pengetahuan asas dalam agama Islam.

Ramai tak tahu Amin Idris rupanya mualaf peluk Islam pada usia 4 tahun

Malah, ibunya juga tidak tahu mendidiknya sebagai seorang muslim yang sempurna sehingga menyebabkan dia belajar daripada kawan-kawan.

“Saya masuk islam masa umur empat tahun. Mak pula tiada ilmu agama yang kuat, jadi cara dia didik anak tu pun, dia tak tahu nak ajar macam mana.

“Jadi, saya betul-betul ikut kawan,” katanya.

Bagaimananapun, dia meluahkan rasa syukur kerana ibunya memintanya untuk masuk ke sekolah agama bagi mempelajari Islam dengan lebih mendalam.

@molekfm Masyaallah baru tahu @Amin Idris masuk islam umur 4 tahun sek awok weh!! 🥹 tapi nakal jugok dih abdo Amin jamey- jamey budok dulu 😜 #MolekFM #MolekPagiDuo #DJNazz #Qila #aminidris ♬ original sound – Molek FM

“Saya kena ucapkan terima kasih kepada mak saya juga, selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya dapat tawaran dekat asrama penuh.

“Memang saya nak masuk sebab asrama penuh ni dikira kebebasan tapi mak saya tak bagi dia suruh saya masuk sekolah agama. Dia suruh saya masuk ke SMKA Falahiah di Kelantan,” kongsi Amin Idris.

Berkongsi lanjut, Amin turut mengaku dia tidak tahu cara untuk mengambil wuduk dan pernah diketawakan orang ramai semasa menunaikan solat.

Amin berkata, dia terpaksa ‘meniru’ orang di sebelahnya ketika mengambil wuduk kerana pada ketika itu dia sendiri tidak tahu.

“Semasa minggu orientasi, saya terkebil-kebil sebab tak reti ambil wuduk. Saya terpaksa tunggu orang sebelah untuk tiru dia ambil wuduk.

“Saya pernah diketawakan oleh orang ramai di masjid sebab saya sembahyang zohor lapan rakaat dengan hanya satu salam. Dulu betul-betul tak reti,” katanya.

Amin turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mendalami ilmu agama ketika di bangku sekolah dan universiti.

Akuinya, dia memang jahil tapi semuanya dapat diatasi dengan berkat pergi ke usrah.

Bagaimanapun, Amin menzahirkan rasa syukur apabila dia berpeluang untuk mempelajari ilmu agama ketika di bangku sekolah dan di universiti.

“Memang jahil, tapi berkat usrah, pergi sekolah agama dan belajar asas agama jadi Alhamdulillah hari ini sedikit sebanyak adalah pengetahuan. Masuk pula ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA), sempat juga berguru dan mengaji hadis,” luahnya.

Rata-rata warganet terkejut dan tidak sangka pengacara yang dikenali Bro Amin itu pada asalnya penganut agama Kristian

BACA :Patutlah nenek moyang kita dulu tiada akaun bank, inilah tempat simpanan duit mereka