Ramai tak reti baca simbol pada meter kereta, ini 10 simbol yang mungkin timbul masa memandu

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Ramai yang tahu memandu, tetapi adakah kita benar-benar faham tentang simbol-simbol kecemasan yang mungkin muncul semasa memandu?

Dalam hal ini, pemandu wanita sering kali dianggap kurang pengetahuan tentang simbol kecemasan ini.

Jadi, kepada pemandu wanita, sila ambil perhatian tentang makna simbol-simbol kecemasan yang menyala.

Namun, ada juga pemandu lelaki yang mungkin tidak tahu, kan? Jadi, ambil perhatian ya, semua!

1. Amaran Brake Tangan

Ramai tak reti baca simbol pada meter kereta, ini 10 simbol yang mungkin timbul masa memandu
Ada masalah pada sistem brek, ABS / cecair brake berkekurangan (Low brake fluid)

2. Amaran Suhu Enjin
Cepat-cepat berhentikan kereta dan buka bonet. Biarkan sehingga suhu panas berkekurangan.

3. Check cecair penyejuk
Cecair coolant / penyejuk kereta rendah. Check & tambah cecair penyejuk / coolant segera!

4. Amaran Minyak Enjin
Enjin kereta kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru.

5. Bateri Kereta
Caj bateri kurang / alternator ada masalah. Sementara nak bawak pergi workshop, boleh stop guna aircond atau radio.

6. Beg Udara
Berkemungkinan beg udara ada kerosakan & kena cepat-cepat ganti.

7. Amaran Minyak Brake
Cecair brake korang berada pada tahap rendah, periksa tahap cecair kerana ia akan berkekurangan apabila brakepads habis.

8. Check Enjin
Ada banyak faktor sebenarnya. Kurang kuasa enjin, atau elektrikal sensor korang ada masalah.

9. High Beam
Yang ni selalu je terpasang siang-siang buta. Sila tutup, nanti pemandu lain marah.

10. Pemanas Cermin Belakang
Yang ni selalunya driver guna bila keadaan sedang berkabus.

11. Amaran Penstabil Kereta
TCS berada didalam mod pilihan Off – Tidak aktif. TCS – sistem yg kawal tayar daripada tergelincir & memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan

BACA: Harga tak masuk akal! Nilai spesis burung tempatan ini lagi mahal dari emas 916