Ramai salah bancuh, ini rahsia buat teh tarik kaw! Confirm kalah kedai mamak

Oleh AHMAD SULAIMAN

Teh ais atau teh tarik adalah minuman kegemaran majoriti rakyat Malaysia.

Namun, rasa minuman ini di setiap restoran atau kedai makan sentiasa berbeza

kerana setiap tukang bancuh mempunyai ‘rahsia’ tersendiri untuk menarik pembeli.

Oleh itu, ramai yang beranggapan kesedapan teh bergantung kepada jenama produk tertentu.

Namun, hakikatnya, kepekatan atau tidak minuman ini bergantung kepada cara penyediaan dan teknik yang digunakan.

Ramai salah bancuh, ini rahsia buat teh tarik kaw! Confirm kalah kedai mamak

Bagi anda yang ingin merasai teh kaw di rumah, anda boleh mencuba resipi yang tular di Facebook, The Perfect Milk Tea Recipe.

Resipi ini menghasilkan teh yang lebih kaw dan berkaramel, sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia untuk menghilangkan dahaga.

Bahan-bahan:
1 1/2 sudu besar gula
1 cawan air
1 1/3 cawan susu
1 1/2 sudu besar teh hitam
2 biji buah pelaga

Cara penyediaan:

Panaskan gula bersama 1 1/2 sudu besar air sehingga berwarna keperangan. Gunakan api perlahan supaya tidak hangus.

Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika.

Kemudian, masukkan susu suam ke dalam campuran tadi dan kacau.

Panaskan semula dan kacau sehingga sebati.

Biarkan mendidih selama tiga minit dengan api perlahan.

Tambahkan 3/4 cawan air bersama teh hitam dan buah pelaga yang dipecahkan.

Tutup periuk dan biarkan mereneh selama lima minit dengan api perlahan. Siap.

BACA: Tun Daim diarah jalani ujian mental, netizen sindir ‘ini cubaan elak jawab kes rasuah dalam mahkamah?’