Beberapa bulan lalu, media sosial riuh dengan rungutan dan kemarahan orang ramai yang mendakwa
Bil elektrik mereka melambung dua kali ganda berbanding biasa.
Ada yang mendakwa pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sengaja menaikkan tarif elektrik tanpa pengetahuan ramai.
Namun seperti perkongsian laman Facebook Buletin Malaysia, peningkatan bil adalah disebabkan fenomena yang terlampau panas, menyebabkan peralatan elektrik terpaksa bekerja keras menarik elektrik lebih kuat.
Kami kongsikan penjelasan penuh laman tersebut yang sehingga kini mendapat lebih 900 tanda suka.
Perasan tak sebulan dua ni ramai yang ‘complain’ bil elektrik melambung? Diam-diam TNB ada naikkan tarif ke?
Rilek luh. Aku nak kongsi maklumat yang mungkin boleh buka minda kita semua. Rasa nak fakta atau terasa jimatkan bil, korang bacalah sampai habis.
Ok. Pertama sekali aku nak bagitahu sekarang ni punyalah panas. Sampai tahap bangun pagi pun boleh basah lencun bermandi peluh. Tapi itu mungkin untuk orang macam aku.
Jenis yang lebih suka pakai kipas angin kat rumah. Bagi yang pasang ‘air-cond’, memang syok oo.
Tapi tak ramai tahu. Bila suhu semakin atau terlampau panas, kompressor ‘air-cond’ akan berjalan semakin ligan nak sejukkan suhu bilik. Bermakna dia akan tarik lebih karen.
Haa. Sebab itu bil melambung walaupun korang cakap korang guna sama atau kurang daripada hari-hari biasa. Dapat 1 point? Contoh lain kenapa bil korang melambung adalah disebabkan kita pakai penapis air yang ada water heater.
Walaupun tak guna sekali pun, hakikatnya elektrik tetap akan berjalan sebab dia nak kekalkan suhu dalam tangki air panas.
Lagi kerap kita guna air panas, makin tinggilah penggunaan elektrik. Macam bil rumah aku sendiri.
Sebelum ni anggaran purata RM40 je. Lepas pakai penapis air, terus jadi lingkungan RM80 sebulan.
Sebenarnya terlalu banyak punca bil kita melambung tanpa TNB perlu untuk menaikkan tarif. Terlalu banyak. Tapi kalau info yang aku kongsi kat atas ni pun korang tak percaya, aku syorkan korang buat uji kaji.
Langkah pertama adalah korang buka ‘air-cond’ di siang hari. Tapi sebelum hidupkan, catat dahulu bacaan pada meter TNB. Selepas 1 jam, utup. Catat bacaan akhir.
Kemudian buat langkah yang sama pada malam hari. Nak lagi ok, pastikan bilik tak ada langsung rasa bahang. Cool jer.
In shaa Allah korang boleh nampak perbezaan bacaan meter TNB antara waktu panas dengan waktu sejuk.
Bagi yang tiada ‘air-cond’ macam aku ni pula, korang boleh cuba pada perkakas elektrik di rumah. Dengan syarat, hidupkan satu persatu.
Contoh. Sebelum nak hidupkan TV, catat dahulu bacaan meter dan pastikan semua perkakas lain seperti peti ais, radio, segala jenis alat berkait elektrik ditutup.
Buka dalam beberapa minit (rasanya 2 minit dah cukup kot), kemudian ambil bacaan. Buat perkara yang sama pada perkakas lain sampailah korang dapat bacaan perkakas mana yang bacaannya paling tinggi. Kadang-kadang perkakas dah rosak pun boleh jadi punca.
Seterusnya. 2 ke 3 alat paling tinggi bacaan tu kalau boleh jangan guna langsung. Cukup sebulan, korang tunggu bil sampai untuk dapatkan keputusan.
Oh ya. Ini tips paling penting. Kalau rasa nak jimat sangat, jangan pernah berangan nak beli Iron Steam atau Seterika Wap. Benda tu sekali guna, lagi parah berbanding kita on 4 5 biji ‘air-cond’ serentak ye
Baca juga:Ini 20 negara yang rakyatnya tak percaya dengan tuhan, no.7 tu ramai rakyat Malaysia minat