Ramai masih tak reti baca papan tanda ‘Smartlane’ dengan betul

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Semasa merancang perjalanan semasa perayaan, sering kali kita dengar mengenai ‘Smart Lane’ dalam media sosial dan laporan berita.

Laluan Smart Lane ini menjadi popular terutama semasa perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, dan Deepavali.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya apa itu Smart Lane, mengapa ia hanya ada semasa musim perayaan, dan bagaimana cara untuk menggunakannya?

PLUS Malaysia telah mengeluarkan video penerangan mengenai Smart Lane yang sering menjadi topik perbincangan di kalangan orang ramai.

Smart Lane merujuk kepada pengaktifan lorong paling kiri di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di beberapa laluan kritikal sepanjang lebuh raya.

Ramai masih tak reti baca papan tanda 'Smartlane' dengan betul

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti lorong di lebuh raya terutamanya di kawasan yang kerap sesak. Tindakan ini membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak.

Tip untuk menggunakan Smart Lane:

1. Perhatikan papan tanda dan arahan sebelum memasuki Smart Lane.
2. Beri isyarat awal sebelum menukar ke lorong Smart Lane.
3. Pandu dengan kelajuan yang sesuai dan sentiasa berwaspada terhadap kenderaan lain.
4. Pastikan jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan anda.
5. Beri isyarat awal sebelum keluar dari lorong Smart Lane.

Perlu diingatkan bahawa penggunaan lorong kecemasan tidak dibenarkan kecuali di lokasi dan waktu yang telah ditetapkan.

Smart Lane hanya dibuka pada waktu-waktu tertentu seperti waktu puncak di lokasi tertentu, kerja penyelenggaraan jalan, semasa perayaan di kawasan-kawasan tertentu, dan dalam keadaan kecemasan yang tidak dijangka.

Pengguna boleh mengenal pasti permulaan Smart Lane melalui papan tanda di tepi jalan dan pengawas trafik yang berada di lokasi berkenaan.

Maklumat mengenai pembukaan Smart Lane juga disampaikan melalui aplikasi PLUS, akaun X PLUS Trafik, dan papan tanda elektronik di jalan.

Pengguna lebuh raya disarankan untuk menggunakan aplikasi navigasi seperti aplikasi PLUS, Waze atau Google Maps bagi merancang perjalanan dengan lebih lancar.

BACA: Ramai tak tahu, kenapa kereta warna merah cepat lusuh berbanding warna lain