Ramai main telan tapi tak sedar bahagian pada ayam ini sebenarnya beracun

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Mungkin ramai yang tidak tahu berkenaan bahagian dalam ayam yang jarang dibuang dan selalu dijadikan sebahagian ‘lauk’ saban hari.

Kita juga selalu nampak peniaga juga tidak buang benda ini di bahagian paha ayam ini.

Menurut satu perkongsian di laman Facebook Menu Masakan Senusantara menjelaskan,

mengikut kajian sudah terbukti secara ilmiah bahagian tersebut jika tidak dibuang memang berbahaya.

“Yang suka makan bahagian ini dan menganggap ini adalah hati atau rahang ayam, wahai ahli group

Ramai main telan tapi tak sedar bahagian pada ayam ini sebenarnya beracun

Menu Masakan Senusantara ini adalah ginjal ayam iaitu bahagian ayam yang menyimpan racun dalam tubuh ayam.

“Bahagian tersebut dikatakan di mana makanan ayam yang mengandungi ubat turut terkumpul dan ini termasuk darah kotor yang tidak sihat untuk dimakan,” jelas perkongsian tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna di media sosial turut terkejut dengan pendedahan tersebut.

Buang Bahagian Ini Dulu Masa Bersihkan Ayam. Baru Tak Bau Hanyir Masa Makan!

“Selalu memang aku makan bahagian ini, rasa dia sama sahaja seperti hati dan pedal ayam. Terima kasih dengan info ini,” ujar Waqori Selamat.

“Aku baru tahu hari ini bahawa bahagian ini tidak boleh dimakan, dah berapa banyak ditelan sebelum ini,” jelas Khaira Mohd Noor.

BACA: ‘Suami tak tahu yang sebenarnya aku perhati gerak geri dia, dia ingat aku tak tahu dah 5 kali dia check ini dengan isteri orang’