Ramai kata zaman Madani harga barang naik dengan teruk? Individu ini dedah cerita sebenar

Oleh AHMAD SULAIMAN

Ramai kata zaman Madani ni harga barang naik dengan teruk. Tapi data CPI kita tak tunjukkan begitu.

Kadar inflasi berjaya diturunkan dari 4% masa PRU15 ke 1.5% dan kini naik pada kadar 2%.

2% tu inflasi yang sihat dalam ekonomi yang sedang berkembang, kadar pengangguran rendah dan rakyat berbelanja.

Kini cabarannya gaji rakyat naik perlahan yang kerajaan nak selesaikan dengan Dasar Gaji Progresif. Kakitangan awam akan naik akhir tahun ni.

Pembangkang yang komplen ni, waktu mereka jadi kerajaan tidak lebih baik dari sekarang.

Ramai kata zaman Madani harga barang naik dengan teruk? Individu ini dedah cerita sebenar

Igauan ngeri minyak masak cecah RM50 sebotol tu rakyat masih ingat.

Boleh ke jadi kerajaan dengan ukur ekonomi hanya melalui cakap2 di medsos, di kedai kopi sahaja?

Satu kawasan mungkin terjejas, tapi kawasan lain mungkin tak terjejas. Pendalaman lain, kawasan bandar mungkin lain.

Tentulah kerajaan kena rujuk data2 yang diukur ikut standard antarabangsa di lakukan oleh kakitangan kerajaan yang terlatih.

Cuba tengok zaman mana harga naik dengan drastik, zaman mana pula mereda.

BACA: ‘Hebat perkasa parti’ Ahli parlimen Bersatu gesa Muhyiddin contohi Pas?