Ramai jejaka ‘menggeletis’ nak try adik Janna Nick, ‘bakal doktor tu!’

Oleh INFORAKYAT

Ramai jejaka ‘menggeletis’ nak try adik Janna Nick, ‘bakal doktor tu!’. Tindakan pelakon dan penyanyi, Janna Nick berkongsi foto menyambut ulang tahun kelahiran adik perempuannya Kissya Nick mengundang perhatian ramai di laman Instagram.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraikan hari lahir adiknya yang ke-18 tahun itu bersama ahli keluarga serta teman lelaki yang juga pelakon, Dini Schatzmann di sebuah restoran.

Menerusi satu hantaran, Janna memberikan kata-kata istimewa kepada Kissya atau nama sebenarnya Nurul Balqish dalam menempuh hari mendatang serta berjaya mendapat gelaran doktor satu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Happy birthday @kissyanick. Semoga setiap langkah dijaga, semoga setiap impian dimakbulkan, semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik, paling penting semoga dapat jadi Dr. Balqish,” tulisnya.

Ramai jejaka 'menggeletis' nak try adik Janna Nick, 'bakal doktor tu!'

Selain sebiji kek, Janna dan ahli keluarganya turut membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah iPhone 14 sehingga remaja itu menunjukkan reaksi sebak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by /kis-sya/ (@kissyanick)

Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut mengambil kesempatan memberikan ucapan hari lahir kepada Kissya selain mendoakan umurnya panjang serta berjaya dalam pelajaran.

Malah, ada juga segelintir individu memuji kecantikan Kissya tidak ubah seperti kakaknya yang sudah tentu diwarisi daripada ibu mereka.

BACA:

Topi elak pelajar tiru exam jadi tular

Lumpuh badan, mekanik terlepas hukuman sebatan

BNM naikkan OPR lagi bulan hadapan