Jika anda banyak meluangkan masa di TikTok, pasti perasan lagu Alasanmu nyanyian
kumpulan terkenal tempatan, Exist, kembali menjadi tular meskipun ia telah dilancarkan pada tahun 1995.
Di media sosial, ramai yang menganggap lagu ini bukanlah sekadar lagu untuk mereka yang kecewa dalam percintaan
Tetapi juga relevan bagi mereka yang ingin berhenti kerja. Khususnya pada bait lirik ini:
“Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku. Tetapi bagiku pula suatu ketenangan.”
Namun, dalam sebuah rancangan audio siar oleh radio Sinar, kumpulan Exists menerangkan maksud sebenar lagu ini, yang ditulis oleh Lukhman S dan dikompos oleh Rahim Othman.
Dalam rancangan itu, ahli Exists iaitu Ezad Lazim, Musrad, dan Along berkongsi kisah di sebalik lagu tersebut yang kini kembali popular.
“Sebenarnya Abang Lukhman, penulis lirik lagu ini, seorang yang sangat sensitif dan sangat mementingkan budi bahasa. Kalau awak rasa budi bahasa awak tinggi, dia lagi tinggi,” jelas Musrad.
Pemain bass Exist itu berkata, pada masa itu, Lukhman S baru bekerja di syarikat rakaman tersebut, BMG, dan mungkin mengalami ketidakserasian dengan rakan kerja yang lebih senior.
“Dekat BMG, saya sempat kenal dengan dia (Lukhman S) sekejap saja. Bila lagu itu siap, saya ada ubah sedikit supaya lebih kena dengan kita semua. Tak lama selepas itu, memang betul dia dah tak ada dekat BMG, maksudnya dia memang dah resign,” tambahnya lagi.
Namun, menurut Harian Metro, pendedahan yang diberikan oleh kumpulan Exist itu belum dapat disahkan sepenuhnya kerana Lukhman S sendiri masih belum dapat dihubungi.
BACA: Benjamin Netanyahu terpaksa hentikan ucapa selepas dimalukan rakyat sendiri