Ramai gesa Menteri pengangkutan haramkan cermin gelap, sekali ini respon padu Anthony Loke

Oleh AHMAD SULAIMAN

Sejak dua bulan yang lalu, beberapa kejadian kecuaian yang melibatkan kematian kanak-kanak kerana tertinggal dalam kenderaan untuk jangka masa yang lama telah berlaku.

Berikutan siri kejadian tersebut, orang ramai telah mula menyuarakan kebimbangan mereka

Dan mencadangkan pengharaman penggunaan cermin gelap pada kenderaan sebagai satu langkah untuk mencegah berlakunya kejadian serupa di masa depan.

Ramai gesa Menteri pengangkutan haramkan cermin gelap, sekali ini respon padu Anthony Loke

Perkara ini turut dilaporkan kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang kemudiannya menyuarakan isu ini kepada Kementerian Pengangkutan.

Tidak Mengharamkan Penggunaan Cermin Gelap

Menurut sumber dari Utusan, Kementerian Pengangkutan tidak bercadang untuk mengharamkan penggunaan cermin gelap pada kenderaan hanya kerana terdapat kes kematian bayi akibat ibu bapa yang cuai meninggalkan anak mereka.

Anthony Loke menjelaskan bahawa pada masa ini, pemasangan lapisan gelap pada cermin masih dibenarkan di negara ini atas dasar faktor keselamatan dan kesihatan.

“Saya berpendapat bahawa kita tidak boleh melarang penggunaan cermin gelap hanya kerana satu isu yang timbul, dan kemudiannya melarang penggunaannya sepenuhnya,” katanya.

Beliau menyatakan dengan jelas bahawa pemasangan lapisan gelap bukanlah satu aksesori yang wajib, tetapi lebih kepada pilihan bagi keselamatan dan kesihatan.

Lebih lanjut, Anthony Loke menyarankan ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk mengelakkan memasang cermin gelap kerana risiko berlakunya kejadian serupa.

Pada masa ini, kenderaan dibenarkan untuk memasang cermin gelap dengan kadar penembusan cahaya maksimum 50 peratus untuk cermin sisi, manakala cermin depan boleh mempunyai kadar penembusan cahaya sebanyak 70 peratus.

BACA: “Aku pelik suami tidur dekat kaki aku, dia takut tidur sebelah, lepas 10 tahun kahwin baru aku faham kenapa”