Ramai belum tahu rupanya, ini sebab kenapa Hospital haramkan kanak-kanak bawah 12 tahun melawat pesakit di Hospital

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Ramai belum tahu rupanya, ini sebab kenapa Hospital haramkan kanak-kanak bawah 12 tahun melawat pesakit di Hospital

Sudah menjadi amalan masyarat di Malaysia untuk saling menziarahi terutamanya apabila ahli keluarga, sanak-saudara mahupun sahabat handai berada di hospital.

Ia sebagai tanda mengambil berat dan memberikan semangat kepada mereka.

Ramai belum tahu rupanya, ini sebab kenapa Hospital haramkan kanak-kanak bawah 12 tahun melawat pesakit di Hospital

Namun, mungkin ada yang perasan, di semua hospital dan pusat perubahan akan terpampang papan tanda yang melarang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk masuk ke dalam pintu utama atu wad pesakit.

Perkara ini kadang kala menjadi persoalan kepada para ibu bapa tentang sebab utama larangan berkenaan. Malah ada ibu bapa yang langsung tidak mengendahkan arahan tersebut.

Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan infografik untuk menjelaskan situasi ini.

Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Dilarang Melawat Pesakit Di Wad Disebabkan Oleh :

[1] Tahap Imunisasi Kanak-Kanak

Tahap imunisasi yang rendah memudahkan jangkitan penyakit berjangkit dari pesakit kepada kanak-kanak.

[2] Faktor Keselamatan

Keselamatan kanak-kanak terhadap alatan perubatan, alatan tajam, seoerti gunting dan alatan lain yang terdedah.

[3] Menganggu Pesakit

Waktu rehat pesakit terganggu dan melambatkan proses penyembuhan.

[4] Ganggu Doktor Dan Jururawat

Fokus jururawat dan doktor akan terganggu dalam menyempurnakan tugasan mereka dan boleh menyebabkan berlakunya kesilapan.

Ada sebab mengapa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun dibawa bersama melawat pesakit di hospital.

Justeru itu, kepada ibu bapa, sila patuhi larangan ini untuk kebaikan bersama.

BACA: Manipulasi titah Sultan Perak demi raih sokongan PRN, Pemimpin Wanita Pas ditangkap Polis