#rakyatjagarakyat : Pihak berkuasa enggan tutup sekolah, ibubapa sepakat cutikan semua anak-anak

#rakyatjagarakyat : Pihak berkuasa enggan tutup sekolah, ibubapa sepakat cutikan semua anak-anak

bu bapa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, hari ini tidak menghantar anak ke sekolah berikutan bimbang dengan jangkitan COVID-19 yang dilaporkan positif terhadap dua murid.

Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohd Yazid Mohd Yasin, berkata pentdbiran sekolah melaporkan 100 peratus atau hampir 800 murid sesi pagi tidak hadir.

Katanya, hanya kakitangan pentadbiran dan juga guru yang datang ke sekolah, manakala guru diwajibkan ujian calitan semalam menjalani tempoh kuarantin.

“Semalam Kementerian Kesihatan sudah menjalankan ujian calitan pada pada murid dan guru yang hadir. Hari ini, petugas kesihatan akan menjalankan lagi ujian saringan di kawasan yang dimaklumkan.

“Semua murid dan ibu bapa yang perlu menjalani ujian saringan ini sudah dimaklumkan dan dijangka mungkin lebih ramai yang akan melakukan ujian itu memandangkan dua murid yang positif COVID-19 itu menjalani latihan persembahan beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam BH melaporkan dua murid SK Bangsar didapati positif COVID-19 selepas difahamkan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga mereka yang pulang daripada menghadiri kenduri.

Mohd Yazid berkata, semua murid dan guru yang menjalani saringan semalam turut dipakaikan gelang.

“Semalam juga sudah dilakukan proses sanitasi di sekolah dan kawasan berkaitan.

“Ketika ini, jumlah keseluruhan murid SK Bangsar ialah hampir 1,800 orang dan dijangka semua murid tidak akan hadir ke sekolah untuk dua sesi persekolahan ini sehingga keadaan benar-benar pulih,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata, dalam keadaan situasi kritikal ini, kuasa harus diberikan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menentukan sama ada sekolah perlu dibuka atau ditutup.

Katanya, dalam situasi biasa, kuasa memang dipegang oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM, tetapi apabila berlaku sebaliknya, kuasa itu perlu diberi kepada JPN dan PPD berdasarkan lokaliti kerana lebih mengetahui di peringkat bawah.

“Sekolah boleh ditutup jika berlaku ketidakselesaan dan kebimbangan melampau dalam kalangan masyarakat sekolah itu. Ini jelas dibuktikan menerusi peratusan yang semakin menurun kedatangan murid ke sekolah.

“Ditambah apabila jangkitan COVID-19 berlaku di dalam sesebuah sekolah, ibu bapa di sekolah berdekatan juga risau dan ini menjadikan kehadiran murid ke sekolah sangat rendah,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/740042/semua-murid-sk-bangsar-tidak-hadir

COMMENTS