Rakyat Singapura tak puas hati sistem VEP Malaysia teruk dikutuk netizen

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Netizen mengecam tindakan warga Singapura yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk masuk ke negara ini.

Mulai 1 Oktober, semua kenderaan asing dari Singapura diwajibkan untuk mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Peraturan ini akan dikuatkuasakan di kedua-dua kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor,

iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.

Terdapat segelintir rakyat Singapura yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem ini,

Rakyat Singapura tak puas hati sistem VEP Malaysia teruk dikutuk netizen

Di mana mereka berpendapat bahawa ia hanya menyusahkan mereka yang ingin memasuki Malaysia.

Ada yang menyatakan bahawa bilangan warga negara jiran yang ingin masuk ke Malaysia mungkin akan berkurangan selepas ini.

Mengambil kira perkara ini, netizen Malaysia tidak teragak-agak untuk mengecam tindakan warga negara jiran, dengan alasan bahawa sistem ini merupakan langkah yang adil untuk memastikan pemandu dari Singapura mematuhi undang-undang dan tidak berkelakuan sesuka hati di jalan raya Malaysia.

Netizen juga berpendapat bahawa sistem yang digunakan adalah adil, memandangkan rakyat Malaysia juga perlu membayar denda sebelum keluar dari Singapura.

Sebelum ini, terdapat banyak kes yang melibatkan pemandu dari Singapura, termasuk membuang sampah sembarangan di jalan raya dan sering melarikan diri apabila cuba ditahan oleh pihak berkuasa.

BACA: ‘Sampai bila nak guna nama Rasulullah?’ Bekas naib presiden Pas sekolahkan Tuan Ibrahim Tuan Man