Rakyat merintih di hari raya, ahli Parlimen seronok mengaut laba

Rakyat merintih di hari raya, ahli Parlimen seronok mengaut laba

Luahan teman lama NSTP mengharukan.
Lazimnya anak lelakinya berbelanja di bazar Ramadan dan ke JAKEL beli baju raya.

Tahun ini berbeza. Normal baru yang tidak terduga.

Sang ayah juga bercerita duit raya yang diberikan anak tiga tahun lalu masih tersimpan dalam envelop di almari baju.

“Aku tak sanggup makan duit anak. Gaji dia hanya RM 2000. Wang MSS masa aku tinggalkan NSTP dulu masih banyak dan cukup untuk hari tua aku”

Tahun ini ayah berkenaan sedih kerana anak tidak kerja.

Saya faham. Sedih masalah dihadapi ribuan rakyat Malaysia yang hilang kerja sekarang.

“Gara-gara PKP ramai hilang kerja,” sungutnya.

Anaknya seusia anak sulung saya dan belajar di kampus sama sejak diploma dan ijazah. Saya bersyukur tiga anak masih ada jawatan ketika rakan sebaya mereka menganggur.

Covid-19 dan isu ekonomi masih merantai ketika makhluk politik leka bercakar.

Ketika ribuan rakyat derita, ahli parllmen yang pendapatan bulanan RM15000 beruntung. Ada dilantik Menteri dan timbalan menteri. Ada yang mengetuai GLC dengan habuan tambahan belasan ribu ringgit setiap bulan.

PKP dan derita rakyat. Masih ada yang mengaut laba. Saya terbayang wajah resah anak muda kehilangan kerja.

Sumber:

COMMENTS