Rakyat Malaysia tidak sabar ke Hatyai lepas banjir ini sebabnya

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Destinasi popular Hatyai terus menjadi tumpuan rakyat Malaysia, dengan ramai pengguna media sosial

mMereka eminta maklumat terkini tentang cuaca di bandar itu dikemas kini setiap hari.

Tinjauan Kosmo! di TikTok menunjukkan ramai yang tidak sabar untuk bercuti ke Hatyai

selepas bandar itu disenaraikan sebagai salah satu destinasi percutian paling murah di Asia.

Pelancong juga aktif berkongsi komen, memohon kemas kini cuaca harian untuk membantu mereka merancang perjalanan dengan lebih baik.

Rakyat Malaysia tidak sabar ke Hatyai lepas banjir ini sebabnya

Dilaporkan cuaca di Hatyai kini cerah dan baik, menjadikannya waktu yang ideal untuk melancong ke sana.

“Tolong maklumkan setiap hari ya. Kami akan ke Hatyai pada 8 haribulan ini,” tulis seorang pengguna, Ummi Aqeem, penuh semangat.

Seorang lagi pengguna, Mazniee, turut berkongsi, “Abang, boleh tak tiap hari kemas kini cuaca di Hatyai?

Disember kan cuti sekolah, ramai nak pergi sana.”

“Saya nak ke sana 7 haribulan. Tolong kemas kini cuaca setiap hari sampai tarikh tu ya,” tambah pengguna lain, Ina Mirza.

BACA: PM sokong tiru dasar baharu UK, bank bayar balik duit mangsa scammer