Rakyat Malaysia dijangkiti Omicron lepas masuk Indonesia, KKM mulakan siasatan

Rakyat Malaysia dijangkiti Omicron lepas masuk Indonesia.Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum kes Omicron di Indonesia yang membabitkan individu yang tiba dari Malaysia dan siasatan terperinci sedang dilakukan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati individu berkenaan berusia 20 tahun adalah tahanan pendatang tanpa izin (PATI) yang ditempatkan di Depoh Tahanan Semenyih.

Jelas beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk dapatkan maklumat berhubung kontak rapat serta punca jangkitan.

“Kita sedang berhubung dengan pihak Kedutaan Indonesia di Malaysia dan Kementerian Kesihatan Indonesia masih diteruskan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes.

“KKM juga sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen (Imigresen) bagi menjalankan siasatan, pengesanan kontak kepada kes serta bagi langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Rakyat Malaysia dijangkiti Omicron lepas masuk Indonesia, KKM mulakan siasatan

Sambung Khairy lagi, lelaki berkenaan sebelum ini ditahan bersama tiga rakannya dan saringan Covid-19 ke atas semua mereka sebelum memasuki ke depoh tahanan adalah negatif.

“Namun dua rakannya dilepaskan kerana mempunyai dokumen lengkap manakala dia dan seorang lagi rakannya dihantar pulang ke Indonesia pada 10 Disember lalu selepas selesai perbicaraan.

“Untuk saringan kedua juga, kedua-dua rakannya negatif. Kerana itu, kita masih lagi sedang cari punca mana kes ini mendapat jangkitan Covid-19 kerana saringan yang dilakukan di negara ini ke atasnya sebelum ini adalah negatif,” ujarnya.

Media di sini dan Indonesia sebelum ini telah melaporkan terdapat tiga lagi kes COVID-19, varian Omicron dikesan di Indonesia, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan setakat ini adalah lapan.

Tiga kes baharu itu membabitkan pekerja asing Indonesia yang pulang dari Malaysia dan Republik Demokratik Congo.

BACA JUGA

Individu balik umrah sila patuhi kuarantin, jangan duk ‘salam berkat’ – KJ
Banjir di Mentakab : Bumbung rumah pun sudah mula tidak kelihatan lagi

CATEGORIES