Rakyat Malaysia beratur sepanjang malam nak jadi yang pertama beli Iphone 14

Rakyat Malaysia beratur sepanjang malam nak jadi yang pertama beli Iphone 14

Rakyat Malaysia beratur sepanjang malam nak jadi yang pertama beli Iphone 14. Seperti kita sedia maklum, bermula hari ini para peminat Apple boleh mengunjungi laman web Apple atau pun kedai pengedar rasmi terpilih untuk membuat pembelian siri iphone 14.

Namun, sebahagian daripada pengguna yang sudah membuat pra-tempahan pada minggu lalu kini sudah pun boleh mengambil peranti idaman mereka. Salah satu pengedar rasmi Apple iaitu Switch telah berkongsi gambar-gambar pemilik terawal siri iPhone 14 pada tengah malam tadi.

Malah, orang ramai sudah pun mulai menyerbu kedai fizikal Switch pada awal pagi tadi kerana sudah mendapat pengesahan stok tempahan yang sudah tersedia. Boleh dilihat di dalam gambar tersebut di mana terdapat barisan panjang pengguna di sejumlah tempat berlainan dalam menunggu giliran untuk menjadi pemilik terawal di Malaysia.

Rakyat Malaysia beratur sepanjang malam nak jadi yang pertama beli Iphone 14

 

Di samping itu, ada pemilik iPhone yang juga membeli aksesori seperti kerangka yang ditawarkan oleh pihak Switch di kedai fizikal mereka.

Sementara menunggu giliran, mereka turut berpeluang membelek-belek iPhone baharu yang dipamerkan.

Dalam masa yang sama, pihak Switch juga ada yang pergi menghantar secara terus ke rumah pelanggan yang sudah menempah pada tengah malam semalam. Selain Switch, Machine sedia memuat naik gambar pasukan mereka bersama CEO kurier Matdespatch turut menghantar iPhone tempahan ke rumah pelanggan bertuah.

Buat anda yang mahu membeli siri iPhone 14, kini ketiga-tiga model iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max sedia dijual secara rasmi menerusi laman rasmi Apple mahu pun di kedai fizikal pengedar rasmi serta syarikat telekomunikasi.

BACA:

Pemuda B40 teringin nak tidur hotel 5 bintang view KLCC, nekad tempah setahun awal tanpa bayar

Netizen kecam stesen TV siar remaja kena sunat secara live

CATEGORIES