Rakyat dibenar buat 4 pengeluaran khas KWSP tahun 2022 hingga 2023. Pengeluaran Khas KWSP. Tahukah anda, sebenarnya ada banyak keadaan yang membolehkan seseorang memohon pengeluaran KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2 tanpa perlu menunggu pengumuman Kerajaan seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Berikut kami kongsikan beberapa jenis pengeluaran sebahagian dan pengeluaran penuh yang boleh dimohon oleh ahli, menurut info daripada laman web rasmi KWSP.
Pengeluaran Khas Wang KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi
Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran wang KWSP akaun 2 untuk peribadi 2022
1) Pembayaran Ibadah Haji
Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun.
Tujuan permohonan ini adalah untuk perbelanjaan haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
- Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji
2) Pembayaran Rawatan Perubatan
Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.
- Dokumen Pengeluaran Untuk Perubatan
3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri.
Sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.
- Dokumen & Syarat Pengeluaran Pembelian Rumah
4) Pengeluaran Wang KWSP Khas Untuk Pendidikan
Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.
KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.
- Dokumen dan Syarat Pengeluaran Untuk Pendidikan
Semoga dengan pengeluaran yang dibenarkan ini dapat membantu serba sedikit rakyat Malaysia yang sangat memerlukan.