Rakyat berkongsi kesedihan tak dapat tunai haji tahun ini

Rakyat berkongsi kesedihan tak dapat tunai haji tahun ini

Begitu merasai perasaan jemaah yang terpaksa menangguhkan ibadah haji pada tahun ini.

Mendapat surat dan khabar panggilan sebagai tetamu Allah pun sudah cukup menggembirakan dan membahagiakan hati.

Sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya. Pasti keputusan menangguhkan itu sangat berat namun demi sebuah maslahah yang lebih utama.

Sebagai amalan dan pesanan buat diri, teruslah melazimi membaca doa Nabi Ibrahim a.s ini. Sekiranya dipanjangkan umur, moga kita terpilih menjadi tetamuNya dan cenderung hatinya untuk kembali ke sana suatu hari nanti.

رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ

Ya Tuhan kami, jadikanlah kami (berdua) orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah: 128)

Sumber:

COMMENTS