Rakus rogol adik sendiri, buruh binaan akhirnya dicekup

Rakus rogol adik sendiri, buruh binaan akhirnya dicekup. Perbuatan seorang lelaki yang sanggup merogol adiknya sendiri terbongkar apabila ditahan di rumahnya sekitar daerah ini, semalam.

Penahanan suspek yang juga pekerja buruh binaan berusia 24 tahun itu dilakukan pukul 11 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Rahmat Ariffin berkata, berdasarkan siasatan kejadian dikatakan berlaku pukul 1 pagi pada 17 Ogos 2018 apabila mangsa sedang tidur di rumahnya di daerah ini.

Rakus rogol adik sendiri, buruh binaan akhirnya dicekup

Gambar Hiasan

Katanya, suspek kemudiannya telah datang dengan memasukkan kemaluan ke mulut mangsa sebelum merogol adiknya itu.

“Selepas kejadian suspek terus melarikan diri dengan mangsa memaklumkan telah dirogol beberapa kali oleh suspek sama sebelum ini.

“Mangsa ada memberitahu kepada ibu bapanya namun mereka tidak mempercayai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rakus rogol adik sendiri, buruh binaan akhirnya dicekup

Gambar Hiasan

Beliau menambah, mangsa juga tidak membuat laporan polis susulan tiada kenderaan ke balai dan takut dimarahi oleh ibu bapanya.

Jelas Rahmat, siasatan lanjut masih dijalankan dengan suspek kini direman sehingga 7 Februari depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. – K!ONLINE

Tonton:

Baca:

Cara latih kucing anda kencing dalam tandas, dijamin berkesan!

Wanita terkejut bila intai cara pengasuh ini jaga anaknya, “tak sangka..”

Akhirnya CIMB disaman sebab kesilapan ini..

CATEGORIES