Rakus menjarah GLC, PN sekarang lebih teruk dari zaman Najib

Rakus menjarah GLC, PN sekarang lebih teruk dari zaman Najib

Aku sebenar pada pada sudut peribadi berpandangan, Kerajaan PN harus dikekalkan sekurang kurangnya sehingga hujung tahun ini.. aku tak berminat, atau terpesona langsung dengan langkah PH nak ambil alih Kerajaan di Putrajaya dalam waktu terdekat..

Tapi bila melihatkan bertapa rakus mereka mengatur, meletakkan kelompok UMNO, gantikan CEO dan Pengerusi GLC terutama Petronas.. Lepas bebaskankan mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.. apalagi hari ini Musa Aman dilepas bebas oleh Mahkamah.. bagi aku Kerajaan hari ini lebih teruk dari pentadbiran Najib..

Segala perbelanjaan tidak dibawa ke Parlimen.. hatta Mesyuarat Parti secara terbuka digunakan untuk mengatur kedudukan dan membeli ahli Politik “scheme of things”..

hatta Najib dulu tidak aturkan jawatan Politik,Ghanimah dalam Mesyuarat terbuka parti.. Biarpun Najib tak pandai bertakbir, baca doa depan TV… Itulah lakonan paling jahat pernah aku saksikan..iaitu melakonkan watak agama.. sepertimana hadis Nabi..

أَحْلَى مِنْ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ…

” dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”..

bagi aku mudah.. Aku tak kisah siapa PM.. Aku tak kisah kita dapat Putrajaya kembali atau tidak, itu bukan harapan aku.. Aku berharap Negara itu lebih aula diselamatkan.. biarlah kita jatuhkan PN dalam sesi Belanjawan 2021.. situasi Ekonomi negara akan menjerat depa..Namun kerakusan depa berbelanja sesuka hati. apalagi ke tahap untuk meminjam, bagi aku, keadaan ini lebih bahaya dan lebih rakus dari ketika zaman Najib..Ia akan mengheret negara kita Muflis..

Apa yang penting, PH perlu bersatu dalam satu gabungan dan Pakatan yang kukuh..elakkan rasa bangga diri, iri hati dan sangka buruk.. Menyusun semula langkah dan Organisasi Politik..Aku tak suka pemimpin PH ghairah dengan Putrajaya..Tapi organisasi Politiknya sendiri tidak kukuh.. malah boleh dikatakan lembik berhadapan dengan Kerajaan tebuk atap.. 🙂

Ipohmali

Sumber:

COMMENTS