Rakaman pengembala diheret lembu sendiri tular di media sosial

Rakaman pengembala diheret lembu sendiri tular di media sosial

Rakaman pengembala diheret lembu sendiri tular di media sosial. Baru-baru ini tular satu rakaman memaparkan aksi seorang lelaki yang juga pengembala diheret oleh seekor lembu miliknya ketika sedang melalui sebuah jalan.

Menerusi perkongsian video oleh Fahmi di media sosial, dapat disaksikan pada awalnya, lelaki tersebut sedang membawa lembunya itu keluar bersiar-siar, namun tidak disangka haiwan berkenaan cuba melarikan diri dan mula mengheret tuannya ke tengah jalan menyebabkan pegangan tali yang diikat turut terlepas.

Sementara itu, dapat dilihat juga lembu tersebut hampir bertembung dengan beberapa kenderaan lain yang melalui laluan berhampiran.

Video dikongsikan itu telah mendapat lebih dua juta tontonan dan pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai berhubung kejadian yang berlaku.

“Mujur ada sempat rakam, boleh jadi bukti kalau ada yang buat laporan dan tuduh pak cik itu tak jaga lembu dia,” komen seorang pengguna.

Rakaman pengembala diheret lembu sendiri tular di media sosial

“Kesian pak cik itu, lembu pun hampir dilanggar, kereta hampir kemalangan, moga lembu pak cik balik semula,” kata pengguna lain.

Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan keadaan pak cik berkenaan adalah baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

@twinaircond9777 Dop dang buat rebang doh. #fypシ゚viral #viral #lembu #jeratlembu #rayahaji2022 ♬ suara asli – aandranata

BACA:

Timbalan Menteri dari Umno gesa Ismail Sabri pecat Tengku Zafrul

Buat bising dalam surau, pakcik tolak budak sampai jatuh tergolek buat netizen bengang

Lelaki dedah perangai sebenar B40 menyewa di apartment, ada yang sampai bela ayam

CATEGORIES