Raja Bomoh atau Datuk Ibrahim Mat Zin kembali menarik perhatian orang ramai dengan aksi terbarunya.
Dalam video yang telah ditonton oleh lebih 1 juta orang di TikTok @tokomardany,
Raja Bomoh terlihat sedang melakukan upacara membungkus daun pisang kosong sambil membaca ayat-ayat.
Apa yang mengagumkan orang ramai ialah ketika beliau membuka balutan daun pisang, secara tiba-tiba wang kertas RM50 muncul.
Dalam video tersebut, Raja Bomoh menyatakan bahawa dia memiliki keupayaan untuk mengubah daun pisang menjadi wang melalui jampi,
@tokomardany Raja bomoh tarik duit… #fypdongggggggg #fyp #DatukIbrahimMatZin ♬ bunyi asal – Tok’omardany
dan menekankan bahawa ini bukan ilmu hitam, tetapi kemahiran yang diperolehnya melalui pelbagai amalan.
Seorang lelaki yang duduk di hadapannya memegang wang kertas tersebut dan menunjukkannya ke kamera sambil mengesahkan kesahihannya.