Raja Azura pilih bertudung lepas balik haji alhamdulillah

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Nak menutup aurat ini bukanlah senang, apatah lagi buat mereka ang berada dalam industri seni ada masa ia akan menyukarkan pekerjaan.

Tapi bila dah sampai masanya, pastinya semua ingin menutup aurat dengan sempurna agar kekal istiqamah untuk tidak membuka aurat kembali.

Buat pengacara dan pelakon Raja Azura, dia memilih untuk bertudung selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.

Melihat kepada usia yang sudah menjengah 52 tahun, Raja Azura berpendapat ini adalah masa yang tepat untuk bertudung lapor Harian Metro.

“Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Raja Azura pilih bertudung lepas balik haji alhamdulillah

“Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.

“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Tambahnya dia juga sudah puas dengan mencuba pelbagai gaya sebelum ini, dan pada masa sama tidak menyalahkan individu yang masih belum menutup aurat secara sempurna.

“Saya dah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan tidak kira baik atau buruk.

“Kalau ada dalam kalangan kita yang belum bertudung, jangan kita menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.

“Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang.

“Jadi kita kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah,” katanya.

Baca juga: ‘Maaf Encik, kami tak terima’ Lelaki berang bank tak terima tabung duit syiling anak