Raikan semua yang bersama dalam perjuangan PH lawan kleptokrat

Raikan semua yang bersama dalam perjuangan PH lawan kleptokrat

Ada sahabat PH marah marah.. Bila aku menulis tentang Pengkhianat.. depa kata kenapa taknak sebut Atok(Tun Mahathir) pengkhianat sebab letak jawatan… inilah masalah kelompok taksub dengan batang tubuh pemimpin, sehinggakan melupakan prinsip dan matlamat..

Inilah masalah kebanyakan penyokong PH.. sejak memerintah pun, mcm tu lah, yang kelompok Bersatu dok sibuk cari salah Ds Anwar..yang pentaksub Anwar sibuk cari cari salah Tun Mahathir.. Dendam lama dibawa sampai kehari ini.. Sapa yang tak suka dengan pemimpin yang aku suka.. depa tu dikira tak layak..

Samalah zaman dalam Pakatan rakyat dulu..Pemimpin PAS ada kelompok yang gila nak Hj Hadi jadi PM.. dan depa ni cukup benci dengan Ds Anwar..itu belum kelompok yang prejudis dengan DAP.. Sikap ini yang buat kita jatuh… pada depa, Biaq semua tak dapat.. puast hati..

Belajar dari Tok Guru Nik Aziz..dalam jelajah Tun serang pentadbiran Paklah.. Bukan TG Nik Aziz tak tahu yang tun tak suka PAS.. selalu kutuk Tok Guru sendiri..Tapi Tok Guru orang yang bijak berpolitik..sebab dia pentingkan matlamat dari kepentingan sendiri..

Sebelum kerajaan PH jatuh, tak habis habis hari hari sibuk jelajah mahu Tun letak jawatan… macam dah tak sempat2 dah.. Nasib lah pada mesyuarat 21 Feb 2020 tu Ds Anwar bijak serah keputusan pada Tun..kalau tak.. sure orang tuduh Ds Anwar gila kuasa sebabkan kerajaan PH jatuh..dan kelompok Pengkhianat ada alasan besar untuk jatuhkan Kerajaan PH..

Bagi aku mudah, selagi mana seeorang itu masih memegang prinsip bersama.. duduk atas perjuangan PH, lawan korupsi dan Kleptokrat..mereka masih rakan Tahaaluf.. aku ni dari dulu pro PH, dan sokong Ds Anwar jadi PM..tapi bila aku sokong Tun M pun depa marah..

Walaupun keluar audio Tun Mahathir kata dia tak suka dengan Ds Anwar ker..Nak keluar PH ker.. aku tetap yakin, Tun sehingga hari ini masih memegang prinsip bersama..jadi aku raikan..dan aku yakin, Tun benar benar pertahankan prinsip PH, cuma aku akui cita cita dia mahu kekal jadi PM… itu strategi dia..tak kisah lah, Ds Anwar pun ada strategi nak jadi PM.. itu biasa..

Kalau nak ikut kan kerja salahkan orang.. Aku sendiri beberapa perkara tak setuju dengan tindakan PH, Masa langkah Sheraton, aku sendiri pertikai tindakan PH menamakan Ds Anwar , sebab dia akan makan diri..

Apakah Ds Anwar tak belajar dari sejarah langkah Kajang ? Buat lah sidang media.. tunjuklah sokongan SD semua wakil rakyat Pakatan rakyat masa tu.. dalam kes Selangor.. tak mungkin PH mudah tembusi pintu Istana..

Kalau sapa ikuti perangai Tun sebelum PRU 14, kita akan tahu..Ketika Muhyidin dan Azmin sepentas dengan PAS..mahu memujuk PAS.. hanya Tun yang beprinsip mahu kitake Putrajaya tanpa PAS.. kalau harap Muhyidin dengan Azmin,Sampai ke sudah kita dok tunggu PAS..

Kenapa depa harapkan PAS ? kalau ikut tulisan Liw Chin tong.. Memang depa ada cita cita nak jadi PM dan TPM sejak dulu..itu yang keluar dari mulut Muhyidin dan kartel Azmin sendiri.. Tun tak pernah cadangkan nama dia jadi PM.. yang cadang nama Tun, Husam dan Rafizi sendiri.. dan bagi aku pencalonan tu tepat..

Kenapa PN geng tebuk atap berjaya jatuhkan Kerajaan..Sebab depa sedar depa ada satu matlamat.. biarpun depa berbeza..UMNO ada cita cita nak jadi PM.. PAS dah tentu berbeza prinsip dengan MCA.. UMNO ada dendam dengan Bersatu..tapi depa ada satu matlamat..Jatuhkan PH itu yang utama..

Bagi aku PH dah hampiri kemenangan.. Bila bila Kerajaan PN akan jatuh.. Jangan terperangkap denagn Audio yang bertujuan memecahkan persefahaman dalam PH.. tak kisah lah nak sokong Ds Anwar atau tidak.. tapi tak perlu tambah koleksi musuh.. 🙂

Ipohmali
Sumber:

COMMENTS