Syarikat gergasi perkapalan dari Taiwan, Evergreen Marine Corp (EMC), sekali lagi menarik perhatian ramai dengan pengumuman pemberian bonus luar biasa berjumlah 20 bulan gaji kepada para pekerjanya.
Ganjaran ini diberikan selepas syarikat itu berjaya mencatatkan peningkatan prestasi yang mengagumkan pada tahun 2024.
Keuntungan Luar Biasa Mendorong Pemberian Bonus
Menurut laporan Taiwan News, berita ini diumumkan pada penghujung tahun 2024 dan jelas memberikan kegembiraan kepada kakitangan syarikat pengendali logistik global tersebut.
Keputusan untuk memberikan bonus besar ini berpunca daripada pencapaian kewangan yang mengagumkan, di mana Evergreen Marine Corp
Mereka berjaya meraih pendapatan sebanyak NT$347.76 bilion (RM47.56 bilion) dan keuntungan bersih sebanyak NT$108.75 bilion (RM14.84 bilion) dalam tiga suku pertama 2024.
Angka ini menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa, dengan pendapatan meningkat sebanyak 67.98% dan keuntungan bersih melonjak sebanyak 239.40% berbanding tahun sebelumnya.
Bonus Berbulan, Sudah Jadi Kebiasaan
Bagi yang belum tahu, pemberian bonus berjumlah berbulan-bulan gaji bukanlah sesuatu yang baru bagi Evergreen. Pada tahun 2022, syarikat ini mencatatkan sejarah dengan memberi bonus yang luar biasa sebanyak 52 bulan gaji kepada pekerjanya, menjadikannya salah satu ganjaran terbesar dalam industri perkapalan pada waktu itu.
Namun, pada tahun 2023, keuntungan syarikat mula merosot dan Evergreen terpaksa menurunkan jumlah bonus kepada sekitar 4 hingga 6 bulan gaji, jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. T
etapi pada tahun 2024, Evergreen kembali bangkit dengan prestasi luar biasa dan mencipta rekod baru dengan pemberian bonus sebanyak 20 bulan gaji.
Pemberian bonus ini tentunya memberi motivasi yang tinggi kepada para pekerja Evergreen, mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk terus menyumbang kepada kejayaan syarikat pada masa akan datang.