Rahsia wanita ini terbongkar dengan suami, palsukan kematian ‘anak kembar’ rupanya ini cerita sebenarnya

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang wanita ‘kantoi’ selepas mengatakan kepada suaminya bahawa dia mengandung anak kembar yang kemudian meninggal dunia.

Pembohongan itu mencetuskan ‘skandal nasional’ di Rusia setelah dia mendakwa ujian kehamilannya adalah positif.

Dia dipercayai tidak sampai hati untuk memberitahu perkara sebenar setelah melihat kegembiraan yang ditunjukkan oleh suaminya.

Rahsia wanita ini terbongkar dengan suami, palsukan kematian 'anak kembar' rupanya ini cerita sebenarnya

“Saya melihat betapa gembira suami saya ketika diberitahu mengenai kehamilan tersebut, saya tidak mahu mengecewakannya dan memutuskan untuk berbohong kepadanya dan saudara-mara kami dengan memalsukan kehamilan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai rancangan yang jelas dan terkadang merasakan seolah-olah perutnya membesar dan seperti sedang hamil.

“Pada Januari lalu saya pergi melihat katil bayi. Sukar untuk dijelaskan, saya tahu saya tidak hamil tetapi saya tidak dapat berhenti berpura-pura,” katanya.

Wanita itu juga dikatakan menyewa flat berhampiran hospital bersalin dan mendakwa dia melahirkan ‘anaknya’ itu pada 3 Februari tetapi kemudian mengatakan bahawa mereka meninggal dunia akibat kecederaan otak.

Pembohongannya itu akhirnya terbongkar ketika proses pengebumian yang memperlihatkan patung bayi telah dibungkus dengan kain kafan.

BACA: “Aku dah macam bermadu dengan ustaz tu, semua pesanan ustaz tu isteri aku ikut bulat-bulat, siapa suami dia sebenarnya? Aku ke ustaz tu?”