Korea Selatan adalah negara yang sangat indah dengan pemandangan menakjubkan dan budaya yang kaya.
Sebelum anda melancong ke Korea Selatan, periksa beberapa fakta menarik yang mungkin akan mengejutkan anda!
Janggut Lelaki
Walaupun janggut anda terurus dengan baik, ia masih dianggap kotor dan tidak terawat di Korea Selatan.
Pastikan anda bercukur terlebih dahulu sebelum datang ke negara ini jika tidak mahu dipandang pelik.
Nombor 4 Membawa ‘Nasib Malang’
Nombor 4 dianggap sangat malang di Korea Selatan kerana perkataan untuk kematian dan empat dalam bahasa Korea berbunyi hampir sama. Ini dikenali sebagai Tetraphobia
. Dalam lif, butang untuk tingkat empat biasanya digantikan dengan huruf F. Bukan sahaja nombor 4, nombor 14 dan 44 juga dianggap membawa nasib buruk kerana berbunyi seperti kematian dalam bahasa Korea.
Tidak Sopan Memakai Baju yang Menunjukkan Tulang Selangka
Di Korea, memakai baju yang mendedahkan tulang selangka, bahu, atau belahan badan dianggap tidak sopan. Ini adalah larangan serius di Korea, terutama di bandar-bandar kecil, kerana dianggap menjolok mata.
Meskipun di bandar besar seperti Seoul atau Busan mungkin tidak terlalu ketat, tetapi tetap penting untuk mematuhi pantang larang ini.
Berus Gigi Dibawa Bersama
Orang Korea sangat menekankan kebersihan mulut dan tidak malu untuk memberus gigi di depan orang ramai. Biasanya, mereka akan memberus gigi selepas setiap kali makan. Ini mungkin kelihatan pelik kepada warganegara lain, tetapi ia adalah norma di Korea untuk menjaga keyakinan diri ketika berinteraksi dengan ramai orang.
Pembelajaran yang Intensif
Pendidikan di Korea sangat kompetitif dan memasuki universiti yang ternama adalah sangat penting untuk pelajar. Kanak-kanak Korea mula bersekolah seawal usia 3 tahun, mempelajari asas matematik, membaca, menulis, serta bahasa Inggeris dan Cina. Sebaik sahaja mereka memasuki sekolah rendah, waktu petang mereka akan dipenuhi dengan kelas tambahan atau hagwon.
Sendawa, Meludah dan ‘Slurping’
Apabila berada di Korea, jangan terkejut jika anda mendengar orang di sebelah anda sendawa atau kentut dengan kuat. Ini adalah tabiat biasa di Korea. Selain itu, bunyi hirupan yang kuat ketika makan mi atau minum kopi juga merupakan kebiasaan.
Tiada Pemberian ‘Tip’
Berhati-hati ketika membayar makanan di Korea Selatan. Pastikan anda membayar jumlah yang tepat dan jangan meninggalkan tip kerana memberi tip sering dianggap sebagai penghinaan.
Ini kerana pekerja di sana bergaji tinggi dan tidak bergantung pada tip untuk pendapatan tambahan.
BACA: Australia perkenal undang-undang baru, paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa scam