Rafizi dan Husam punyai deria politik yang tajam

Rafizi dan Husam punyai deria politik yang tajam

Beberapa hari sebelum Rafizi membuat pengumuman bersara Politik, saya ada berbual panjang dengan Rafizi secara peribadi. Dalam perbualan kami, Rafizi menyebut beberapa nama yang bakal khianati Anwar Ibrahim.

Selain nama Azmin Ali, Zuraidah dll, Rafizi turut menyebut Dato’ Saifuddin Abdullah dan Dato’ Kamaruddin Jaafar. Pada peringkat awal, sukar saya nak percaya apa yang rafizi cakap itu.

Ketika itu, belum lagi berlaku perletakkan jawatan Tun M dari jawatan PM. Tiba-tiba, apabila Tun M letak jawatan PM PH, lepas tu Tan Sri Muhyiddin dan Azmin Ali mengambil peluang dari perletakkan jawatan tersebut, berlaku perubahan kepada kerajaan PN, didapati dua nama ini antara yang bersama PN.

Saya mengenali dua tokoh ini sebagai orang yang kuat Anwar Ibrahim. Namun, apabila berlaku kejadian tersebut, saya kagumi bacaan politik Rafizi. Beliau bukan sekadar rajin, malah beliau seorang yang bijak dan tajam bacaan politiknya.

Saya kira, kebijaksanaan ini ada pada Husam Musa juga. Sebab, beberapa hari sebelum ini, beliau dah bagitau saya apa yang terjadi pada hari ini. Cuma, pada masa tu, saya kurang percaya sahaja.

Saya berpendapat, jangan memusuhi dua tokoh ini. Mereka mampu membentuk Malaysia yang baik. Mereka perlu dilibatkan dalam gelanggang politik ini secara serius.

Sumber :

COMMENTS