Rafizi bebas sepenuhnya dari kes OSA berkaitan laporan audit 1MDB

Rafizi bebas sepenuhnya dari kes OSA berkaitan laporan audit 1MDB

Alhamdulillah, akhirnya sdr Rafizi Ramli dibebaskan sepenuhnya daripada kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) berkaitan dengan Laporan Audit 1MDB.

Hukuman bon RM10,000 berkelakuan baik selama 2 tahun berakhir semalam.

Saya merupakan penjamin sdr Rafizi buat sekian kalinya dan saya tidak pernah merasa sangsi terhadap kesungguhan beliau menegakkan kebenaran.

Kita seharusnya mengambil ikhtibar terhadap derita dan keperitan beliau melawan rasuah dan salah guna kuasa.

Walaupun betapa kebalnya mereka yang berkuasa sebelum ini, akhirnya runtuh juga penyelewangannya.

Biarlah kita semua terus berpegang dengan prinsip dan berani berkata benar walaupun dalam keadaan yang amat sengsara.

Moga Allah rahmati sdr Rafizi, keluarga dan semua pemberi-pemberi maklumat di luar sana.

Sumber:

COMMENTS