Putus cinta punya pasal, lelaki cocoh tatu namanya pada muka bekas teman wanita

Putus cinta punya pasal lelaki cocoh tatu namanya pada muka bekas teman wanita

Putus cinta punya pasal, lelaki cocoh tatu namanya pada muka bekas teman wanita. Berang apabila pasangan meminta memutuskan hubungan cinta, seorang lelaki bertindak menculik bekas kekasihnya itu dan mencacah tatu namanya di wajah mangsa.

Oddity Central melaporkan, Tayane Caldas, 18, dari Sao Paulo, Brazil, sedang dalam perjalanan ke sekolah, apabila dia didatangi bekas teman lelakinya, Gabriel Coelho.

Lelaki itu memaksa remaja terbabit masuk ke dalam sebuah kereta.

Bimbang akan diserang jika tidak mematuhi arahan, remaja itu masuk ke dalam kenderaan berkenaan dan dibawa ke rumah lelaki itu di perbandaran Taubate.

Di sana, Coelho, 20, mencacah tatu nama penuhnya di sebelah kanan muka gadis itu, dari telinga, sehingga ke dagu.

Putus cinta punya pasal, lelaki cocoh tatu namanya pada muka bekas teman wanita

Walaupun dia tidak menafikan melakukan tatu itu, Coelho mendakwa Tayane kelihatan gembira dan membiarkan dia melakukan perbuatan berkenaan.

Keesokan harinya, ibu Tayane memfailkan laporan orang hilang dengan polis tempatan dan berjaya menjejakinya ke kediaman Coelho.

Dia kemudian membawa anak perempuannya pulang.

Selain itu, dia mengesyorkan remaja itu untuk mendakwa bekas teman lelaki, bukannya sekadar menutup tatu muka baharunya dan beberapa kesan lebam.

Coelho akhirnya ditahan.

Selain berdepan tuduhan jenayah baharu, dia juga akan menjalani hukuman kerana tidak mematuhi dua perintah sekatan yang difailkan oleh Caldas pada 2021, dan satu lagi tahun ini.

“Saya takut kepadanya,” kata Caldas kepada TV Band Vale.

“Undang-undang hari ini, semua orang tidak tinggal di (penjara) lama, dan dengan keadaan ini, saya takut kepadanya,” katanya.

Selepas peguam Caldas berkongsi pengalaman pahit anak guamnya itu di internet, beberapa kedai tatu bergabung untuk membantu remaja berkenaan.

Remaja itu kemudian menghadiri sesi pembuangan tatu menerusi laser pertamanya, dalam usaha untuk memadamkan tatu pada wajahnya.

BACA:

Anak Zahid kini Naib Pengerusi syarikat besar

MB Perak gesa orang ramai ternak haiwan dan tanam sayur sendiri

Elon Musk ‘paksa’ pekerjanya kembali ke pejabat untuk bekerja, atau diberhentikan

CATEGORIES