Puteri Sarah terkejut terima ucapan Selamat Pengantin Baru di TikTok

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana, mengakui terkejut apabila menerima ucapan “selamat pengantin baru” daripada netizen

semasa bersiaran langsung bersama peminat di TikTok baru-baru ini.

Ketika itu, Puteri Sarah berada di luar negara dan menafikan dakwaan bahawa dia telah berkahwin.

Difahamkan, ruangan komen media sosialnya dibanjiri ucapan tahniah daripada warga maya yang menyangka dia telah bernikah semula.

“Kenapa selamat pengantin baru? Adakah awak semua masuk ke ‘live’ saya sebab ingat saya sudah kahwin?

Puteri Sarah terkejut terima ucapan Selamat Pengantin Baru di TikTok

Banyaknya khabar angin. Mana suami saya? Hello suamiku, tak ada pun. Saya tak ada di Malaysia, macam-macam hal.

Saya kahwinlah, itulah, inilah. Dahsyat betul. Saya pun tak tahu saya dah kahwin,” katanya sambil berjenaka.

Lebih menghairankan, ada netizen yang menyangka Puteri Sarah sudah rujuk semula dengan bekas suaminya, pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Walaupun begitu, ramai juga yang mendoakan agar ibu kepada dua cahaya mata ini dipertemukan dengan jodoh yang baik suatu hari nanti.

BACA: