Pura-pura dibesarkan ibu ada masalah mental, pempengaruh kantoi raih simpati demi keuntungan

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seorang pesohor media sosial telah ditahan selepas didapati memalsukan kisah hidupnya

Dengan berpura-pura dibesarkan oleh ibu angkat yang menghidap masalah mental.

Menurut laporan South China Morning Post, tindakan tersebut dilakukan demi meraih simpati dan menjana keuntungan.

Gadis yang dikenali sebagai Xiao berkongsi di platform Kuaishou bahawa dia berumur 18 tahun

Dan tinggal di sebuah perkampungan di Liaoning, timur laut China.

Pura-pura dibesarkan ibu ada masalah mental, pempengaruh kantoi raih simpati demi keuntungan

Xiao mendakwa bahawa dia ‘dikutip’ dari jalanan dan dibesarkan oleh ibu angkat bersama neneknya, selepas ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya semasa kecil.

Dia turut mendakwa bahawa anak kandung ibu angkatnya telah meninggal dunia dalam kebakaran beberapa tahun lalu, menyebabkan wanita tersebut mengalami trauma yang teruk.

“Kejadian bertambah teruk apabila suaminya (ibu angkat) meninggalkan mereka disebabkan masalah kesihatan mental yang dialaminya,” jelas Xiao.

Kisah yang dikongsikan oleh Xiao menyebabkan dia memperoleh lebih daripada 1.13 juta pengikut dan meraih simpati ramai.

Dia juga menggunakan platform media sosialnya untuk menjual pelbagai barangan melalui penstriman langsung sebagai sumber pendapatan.

“Sekarang, saya sedang berusaha untuk meneruskan kehidupan sambil menyara ibu angkat saya,” kata Xiao dalam salah satu siaran langsungnya.

Namun, pada 4 September lalu, Xiao dan ibu angkatnya telah ditahan selama 10 hari selepas mereka didakwa mereka-reka cerita untuk mendapatkan keuntungan dan ‘mengganggu ketenteraman awam’.

BACA: Semboyan ‘koyak’ dikaitkan dengan GISBH, Yusuf Azmin seru Caprice keluar ‘gua’