Salam min, Sekadar meluah..Wahai suami, Santuni kami, anak-anak dan isterimu. Sekadar berkongsi, mana yang baik ambil ikhtibar, yang buruk jadi pengajaran.
Perkahwinan kami dan melepasi fasa 5 tahun pertama perkahwinan.
Saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk rumah tangga saya.
Saya bekerja kerajaan, suami bekerja swasta gaji kasar saya melebihi gaji suami, tetapi gaji bersih suami saya sangat melebihi gaji saya sebagai isteri..
Bukan mengungkit, pertolongan wang ringgit yang telah saya berikan selama ini..
Saya hanya mohon saya disantuni.. Anak-anak kami (saya dan dia), dia santuni..
Sebolehnya saya berdikari untuk menguruskan anak-anak dan diri sendiri. Berdikari termasuk belanja susu pampers makan pakai anak-anak, sakit demam perit, sebolehnya saya malas nak susahkan suami. Selagi ada daya dan kudrat saya, saya akan buat sendiri..
Tapi mohonlah santuni kami wahai suami, hormati kasih sayang kami, sesekali hiburkan hati kami. Bukan dibiar kami kesana sini sendiri. Jangan dibina ruang kecurangan, selagi masih bersisa rasa hormat pada awak wahai suami, jagalah hati kami..
Sakitnya hati saya sebagai isteri bila dilayan orang luar dengan ramah dan manis wajah, sebaliknya saya dan anak-anak semacam perlu dimasukan token baru nak memandang wajah..
Bila saya dan anak-anak semangat bercerita bergurau senda suami memberikan respon sepi tersenyum Tapi tersenyum memandang handphone.. Sungguh taguna!
Jangan sampai tiba masa meledak lahar yang saya simpan selama ni, jatuh tergolek awak depan mata nanti, saya sekadar berundur memberi ruang awak bergeletak dan saya terus melangkah pergi..
Bila ditegur saya dimusuhi, macam mana lagi cara nak betulkan diri..
Lama mana lagi untuk saya dan anak-anak makan hati. Punya suami tapi seperti tiada, anak-anak punya bapa tapi seperti yatim. Suami tidak baran tidak main perempuan tidak berjudi tidak berhutang bukan kaki lepak bukan kaki game
Cuma punya ego yang terlalu tinggi, berkira wang ringgit dan tenaga dengan keluarga, terasa hidup seperti orang bujang yang tidak punya tanggungjawab, tanggungjawab rumah tangga dibebankan hampir sepenuhnya kepada saya.
Mahu layanan seperti anak raja, tapi pulangkan layanan kepada kami selayaknya kami sekadar jiran sebelah rumah. Namun, nafkah batinnya tak pernah culas..dasar lelaki! Kalah kekerapan solatnya. Sekarang ada tiadanya dia tiada memberi kesan..
Kesana sini saya dan anak-anak masih sendiri.. Sesekali pernah kami dirai, tapi serupa tak payah dirai sebab memang makan hati
Salahkah saya sebagai isteri yang berdikari? Mohon positif vibe.. Jangan tambah negativity pada akal dan emosi wanita saya..
BACA: Terpedaya dengan syarikat 100% bumiputera, wanita dedah sisi gelap bisnes mesin vending