Dalam kehidupan ini kita terp4ksa melalui pelbagai rupa bentuk laluan hidup umpama kebahagiaan, kesengsaraan,
kesetiaan, penipuan dan banyak lagi. Dan terpulanglah kepada kita berusaha mengatasinya,
menjaga dan mengenepikannya. Jika kita berani, tegas atau lemah maka semuanya akan kita rasai hasilnya.
Jika kita tegas, ada kalanya kita akan h4ncur, jika kita berani pun jika bertemu orang yang lebih kuat pun boleh buat kita
kecewa maka terpulanglah kepada kita mengatasinya, mengikut kebijaksanaan diri sendiri dan mesti pandai mengatur perjalanan kehidupan untuk bahagia.
Rakan – rakan dekat kata saya bijak dan berjaya mengatur kejayaan, tetapi saya lemah bila diperb0dohkan oleh orang yang kita sayang, akhirnya saya kecundang dalam menghadapi hidup yang berliku ini.
Saya mengaku berjaya dalam pekerjaan hingga saya dapat menjana pedapatan yang cukup mewah.
Tetapi saya gagal bila tidak mendapat pasangan hidup yang bukan sahaja tidak membantu, malah mengani4ya saya.
Kini bila duduk sendirian mengenang kejayaan hidup saya dulu, saya rasa amat kecewa kerana tersilap mendapat pasangan hidup yang menyusahkan hidup saya.
Siapa sangka walaupun saya tidak ada SPM tapi saya dapat kepercayaan majikan untuk membuka perniagaan sendiri. Emak bawa saya datang ke negera ini ketika masih kecil, emak kerja pembantu rumah, kemudian bekerja di kilang.
Zaman dulu memang tak perlu permit macam sekarang, kemudian emak masukkan saya sekolah rendah dan kemudian ke sekolah menengah. Belum pun habis belajar emak masukkan saya kerja kilang tempat emak kerja.
Kerana suka sangat dapat kerja, saya bekerja dengan sabar, dalam masa beberapa tahun kemudiannya saya mendapat kepercayaan majikan yang melantik saya membuat kerja – kerja sub semua produk yang dikeluarkan oleh syarik4t, dari benda benda kecil hinggalah yang besar.
Yang menariknya produk keluaran syarik4t semuanya produk yang popular dan berjenama juga terkenal kalangan wanita Malaysia ketika itu.
Dengan kepercayaan yang diberi di samping kecekapan meghasilkan banyak produk, akhirnya saya berjaya membeli beberapa buah mesin jahit untuk menjahit barangan berjenama untuk meluaskan dan membesarkan lagi tender yang saya dapat.
Memang saya sendiri tak sangka dengan hanya berbekalkan usaha, ketekunan, kerajinan dan keyakinan diri akhirnya saya berjaya mendapat kepercayaan majikan untuk membesarkan lagi kilang yang saya sewa.
Ini bermakna saya terp4ksa mengambil lebih ramai pekerja keseluruhannya berjumlah lebih 20 orang. Bukan nak bangga diri, tetapi itulah kejayaan saya tanpa ijazah.
Bila berjaya tentulah ramai lelaki yang datang himpit, termasuklah lelaki yang kemudiannya menjadi suami saya, ketika itu dia bekerja di bank tentulah saya percaya.
Permulaan kahwin tentulah semuanya baik dan kelemahan saya terlalu cepat percaya tanpa menyelidik kelemahan pasangan kita.
Masalah tambah berat sebab saya tumpukan masa kepada kerja dan tempahan yang sentiasa bertambah banyak, hinggakan terlupa kita diani4ya oleh suami sendiri.
Bila anak bertambah sebanyak dua orang dan tempahan sem4kin banyak, tetapi pendapatan tidak setara dengan modal yang diusahakan.
Kerja dan tempahan banyak tetapi pendapatan kurang. Di mana silapnya? Bertanya kepada suami yang membantu jawapan yang diberikan kurang jelas. Akhirnya saya sedar saya telah ditipu dengan kepercayaan yang diberi.
Bila keburukan terbongkar segalanya sudah terlambat. Hasil pendapatan berkurang walaupun tempahan banyak. Keadaan menjadi sem4kin teruk bila akhirnya saya dapat tahu suami tidak bekerja dan dia beberapa kali diberhentikan kerja oleh majikan kerana d4dah menjadi temannya.
Kerosakan yang dilakukannya turut merosakkan perniagaan saya. Patutlah duit sem4kin susut. Dan pasti pertengk4ran antara kami sering berlaku, terutama bila saya ambil alih urusan kewangan.
Bila tidak mendapat duit, kami bukan sahaja sering bertengk4r, tetapi suami bertindak kasar mengugvt untuk mereport saya kepada Imigresen dan polis kerana mengambil pekerja tanpa permit khas.
Apabila pekerja asing ini diugvt dengan imigresen, tentu mereka takut. Akhirnya mereka berindak berhenti beramai ramai secara meng3jut. Tindakan pekerja ini ini sudah pasti turut menjejaskan perniagaan saya bila tempahan tidak menepati waktu.
Ketika itu baru saya sedar, suami bukan sahaja tidak membantu, tetapi telah mengani4ya saya isterinya yang beri dia makan, pakai dan tempat tinggal. Keadaan menjadi lebih teruk bila dia panggil pihak berkuasa tangkap saud4ra mara saya yang bekerja di rumah dan di kilang.
Bukan itu sahaja, saya dan emak yang sudah tinggal di negara itu lebih 20 tahun turut diugvt setiap hari untuk ditangkap oleh imigresen.
Akibatnya kerana saya sendiri kurang pengetahuan tentang hak dapatkan taraf w4rga negara, akhirnya saya terp4ksa berhentikan semua pekerja, tutup kilang dan balik ke negera asal bersama ibu dan keluarga, setelah sah bercerai.
Berbekalkan sedikit simpanan yang ada saya berjaya buat rumah untuk emak dan beli tanah untuk emak dan masa depan saya sendiri.
Walaupun bercerai tetapi saya tidak kecewa sebab sepanjang 20 tahun bekerja di negara ini, saya berjaya bawa adik beradik saya bersekolah hingga mereka masuk university dan kolej di negera ini.
Saya berbangga, sebab kini mereka berjaya dapat pekerjaan yang terbaik setelah balik ke negara kami. Satu kejayaan yang amat membanggakan keluarga kami, walaupun rumahtangga h4ncur dan perniagaan terp4ksa ditutup.
Berbalik kepada kehidupan saya, setelah beberapa tahun di negara sendiri, akhirnya saya buat keputusan datang lagi ke negera ini untuk mencari rezeki dengan berniaga.
Saya tak boleh duduk diam. Akhirnya saya kembali ke negara ini dan kini berupaya buat perniagaan baru, walaupun mengharapi beberapa rintangan, namun saya terus berusaha untuk memajukannya lagi bisnes saya.
Kepulangan saya membuat suami dan keluarganya memujuk saya untuk kembali semula. Namun setelah beberapa lama berfikir dan demi anak – anak, saya terima dia semula.
Tetapi akhir – akhir ini per4ngai buruknya datang lagi. Ugvt – mengugvt menjadi kesukaannya terutama bila tak dapat duit.
Dengan bantuan rakan – rakan, akhirnya saya berjaya mendapat taraf w4rga negara. Walaupun suami tidak berapa suka. Azam saya kini untuk terus berniaga, kerana ini sahaja yang saya pandai, kerana saya tidak berpelajaran tinggi.
Kepada suami terpulanglah kepada dirinya buat keputusan, jika dia terus memilih d4dah jadi teman sejatinya maka saya terp4ksa berusaha bebaskan diri.
Dulu harapan saya bila bersuami dia boleh bantu perniagaan saya, maIangnya perniagaan dan kilang saya lebur kerana sikapnya. Kini saya cuma boleh cakap, ‘Cukuplah setakat ini kita memang tak sehaluan.’
BACA: Hidung baharu tak sesuai, Zarina Anjoulie rancang nak tukar dengan yang lain?