Pulau Pinang umum pakej bantuan kepada rakyat hadapi PKP 2.0

Pulau Pinang umum pakej bantuan kepada rakyat hadapi PKP 2.0

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang (Penang Lawan COVID-19) Fasa 3 dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Sehubungan itu, kumpulan sasaran telah dikenal pasti dan sukacita diumumkan bahawa sebanyak RM10 juta akan diagihkan kepada lima (5) kumpulan sasaran pertama bagi melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sebagaimana diumumkan sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang (Penang Lawan COVID-19) Fasa 3 dengan peruntukan sebanyak RM20 juta, sebagai tambahan kepada RM155.5 juta yang telah diperuntukkan dalam Pakej Bantuan Khas 1.0, 2.0 dan 2.1.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kumpulan sasaran tersebut dan sukacita diumumkan bahawa sebanyak RM10 juta akan diagihkan kepada lima (5) kumpulan sasaran pertama bagi melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Lima (5) kumpulan sasaran ini merangkumi:
1) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 kepada:
i) Peniaga dan penjaja berlesen;
ii) Penjaja/penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/kedai persendirian (shop lot);
iii) Penjaja/penggerai yang mempunyai tagging serta berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT); dan
iv) Peniaga pasar tani (FAMA)

🔸 Dianggarkan seramai 14,712 peniaga akan menerima manfaat ini dengan peruntukan sebanyak RM7,356,000.00.

2) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM200 kepada penarik beca.

🔸 Seramai 288 penarik beca telah dikenal pasti dengan anggaran peruntukan sebanyak RM57,600.00.

3) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 kepada pengusaha kantin sekolah yang berdaftar.

🔸 Bantuan akan diberikan kepada 462 pengusaha kantin dengan anggaran peruntukan sebanyak RM231,000.00.

4) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 kepada:

i) Perkhidmatan gunting rambut/salun rambut;
ii) Perkhidmatan salun kecantikan dan spa;
iii) Perkhidmatan pusat refleksologi; dan
iv) Perkhidmatan bekam.

🔸 Seramai 2,929 peniaga yang berlesen dengan PBT telah dikenal pasti, dengan anggaran peruntukan adalah sebanyak RM1,464,500.00.

5) Peruntukan Khas RM30,000 kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen Kerajaan Negeri, ADUN Angkat, Pegawai Penyelaras KADUN dan Pegawai Penyelaras Khas Parlimen untuk membolehkan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan PKP 2.0 dapat disalurkan dengan segera.

🔸 Anggaran peruntukan adalah sebanyak RM1,770,000.00.

Umumnya bantuan ini adalah melibatkan anggaran keseluruhan sebanyak RM10,879,100.00. –FB