Pulau Pinang dan saya sedia disaman demi lindungi rakyat, kata Chow

Pulau Pinang dan saya sedia disaman demi lindungi rakyat, kata Chow

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata berkata, kerajaan negeri bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang daripada kerajaan persekutuan susulan mengingkari pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

PKPB diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu sebagai langkah sementara untuk membuka sektor perniagaan bagi membantu pemulihan ekonomi negara.

“Pulau Pinang dan saya, sebagai ketua menteri, bersedia menghadapi tindakan undang-undang untuk melindungi 1.8 juta penduduk Pulau Pinang.

“Menteri Kanan (Mohamad Azmin Ali) mesti menunjukkan bukti bahawa Pulau Pinang mengingkari PKPB sebelum mengambil tindakan undang-undang tersebut,” ,” kata Chow pada sidang media yang disiarkan secara langsung di laman sosial Facebook, hari ini.

“Azmin mesti memperbetulkan fakta-fakta mengenai apa yang berlaku semasa mesyuarat majlis keselamatan negara di Putrajaya, yang dipengerusikan oleh Muhyiddin, pada 28 April, berhubung keputusan untuk membuka ekonomi dan pelaksanaan PKPB yang dipersetujui oleh mereka yang menghadiri mesyuarat itu,” kata Chow.

Menurutnya, sebaik pengumuman pembukaan semua sektor ekonomi oleh perdana menteri pada Jumaat lalu, beliau mengarahkan Pengarah Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) untuk segera mengadakan mesyuarat tergempar pada keesokan harinya berhubung perkara itu.

“Namun begitu, pihak kami dimaklumkan bahawa SOP masih belum siap dan mesyuarat dibawa semula pada keesokan harinya pula namun hanya menerima sebahagian sahaja SOP yang mana kami memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan PKPB.

“Sehubungan itu, wujudnya Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang yang akan dilaksanakan pada 13 Mei ini selaras dengan susulan pelaksanaan PKPB,” katanya.

Chow berkata, Pulau Pinang tidak pernah membantah inisiatif untuk membuka sektor ekonomi di bawah PKPB, namun memerlukan sedikit masa sebelum melaksanakannya memandangkan kerajaan negeri perlu meneliti, menyiap dan memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP).

“Dari fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, Pulau Pinang memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan dalam usaha melawan wabak Covid-19,” katanya.

Menurutnya, Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil daripada segi saiz geografi dan mempunyai berkepadatan penduduk tinggi maka pendekatan strategi pemulihan secara berperingkat diperlukan dan bukannya melaksanakannya secara tiba-tiba.

“Langkah ini adalah bagi melindungi nyawa rakyat tanpa menjejaskan kelangsungan ekonomi mereka,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/524194

COMMENTS