Puja Sheikh Asri dalam alunan qasidah, sekali ini respon Menteri Agama

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta untuk menyediakan laporan mengenai video seorang pendakwah

Dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait bahasa Arab dan tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menyatakan bahawa

Jakim juga perlu membawa isu ini kepada perhatian pihak berkuasa agama Islam negeri, iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah.

“Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana jika tidak dibendung,

Puja Sheikh Asri dalam alunan qasidah, sekali ini respon Menteri Agama

ia boleh menyebabkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga meminta agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, khususnya Jakim, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), untuk meningkatkan usaha dalam memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai asas akidah yang berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit dua saat yang memaparkan seorang pendakwah lelaki dan sekumpulan pelajar mengalunkan bait bahasa Arab yang didakwa sebagai tindakan memuja guru agama secara melampau.

BACA: