PRU15 : Umno mahu jadi dominan dan Pas tak mahu terpinggir

PRU15 : Umno mahu jadi dominan dan Pas tak mahu terpinggir

Muafakat Umno dan Pas, dua parti yang dulunya berseteru ketat, kini saling memaafkan dan melupakan; dakapan dua presiden, Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang. Siapa lebih berpotensi jadi perdana menteri selepas PRU15?

Sekarang dalam Kabinet Muhyiddin-Azmin, kedua-dua Zahid dan Hadi tidak terpilih sebagai menteri. Zahid ada puluhan kes mahkamah melibatkan salahguna kuasa. Hadi nampak tidak terbabit dengan korupsi, tapi hanya diberikan jawatan duta khas perdana menteri.

Senario pasca PRU15 mungkin berbeda. Keghairahan Umno mahu kembali sebagai parti dominan dalam kerajaan, Pas pula tidak mahu terpinggir seperti sekarang. Masakan Muhyiddin dan Azmin nak tengok saja?

Keputusan Muhyiddin PM selepas PRU15, yang dikatakan telah dipersetujui Perikatan Nasional, akan bergantung penguasaan jumlah kerusi Parlimen Bersatu, Umno dan Pas; tak gitu?

Sumber :

COMMENTS