PRU15: Mat Kilau kata akan bantu dalam kempen menangkan BN

PRU15 Mat Kilau kata akan bantu dalam kempen menangkan BN

PRU15: Mat Kilau kata akan bantu dalam kempen menangkan BN. Hero filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra akan membantu jentera Pemuda BN untuk berkempen ke setiap negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Adi Putra yang memegang watak Mat Kilau dalam filem epik Melayu yang meraih kutipan lebih RM97 juta itu telah menyatakan kesediaan untuk melapangkan masa bagi membantu BN.

“Adi Putra juga telah diangkat menjadi ikon Pemuda BN Selangor. Beliau tak dapat bersama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ini kerana berada di Tanah Suci,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Menerusi hantaran itu, Asyraf Wajdi berkata, beliau menerima kunjungan pelakon tersohor tersebut yang juga sahabatnya.

Beliau turut berkongsi dua keping gambar pertemuan di pejabatnya di Kuala Lumpur termasuk salah satu gambar menunjukkan Adi Putra menerima baju Pemuda BN.

PRU15: Mat Kilau kata akan bantu dalam kempen menangkan BN

Menurut Asyraf Wajdi, selain mengenai politik, banyak perkara dibincangkan ketika perjumpaan berkenaan.

“Perkara dibincangkan termasuk tentang cabaran mempelbagaikan pendekatan mencanai nilai patriotisme dalam kalangan anak-anak muda masa kini.

“Hikmah meletupnya filem Mat Kilau, banyak membuka mata anak-anak muda untuk menelaah sejarah tanah air dengan penuh penghayatan,” ujarnya.

BACA:

‘Khairulaming berhala yang disembah ramai’

“Saya bagi ‘eye contact’, tetapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam” – Shila Amzah

Trafik terpaksa bagi laluan, Anakonda gergasi lintas jalan

CATEGORIES