Propaganda konon PH tindas penjawat awam akhirnya terbukti palsu

Propaganda konon PH tindas penjawat awam akhirnya terbukti palsu

Beberapa bulan lepas, semasa pemerintahan kerajaan yang dirampas dulu, meriah di media sosial terutamanya group-group whatsapp mengatakan JPA akan kurangkan penjawat awam, potong pencen, mansuh pencen dan banyak lagi. Ada juga sang cerdik yang sibuk mencanangkan JKR bakal diswastakan.

Apa jadi sekarang? JPA dah kaji semula ke? Macam tak ada kajian semula je? Atau sebenarnya isu-isu tu hanya propaganda untuk memburukkan kerajaan sebelum ni dengan menanamkan mentaliti prasangka buruk melalui penjawat awam?

Ya, itu lah yang sebenarnya. Hasil dari propaganda itu, ramai penjawat awam marah. Hak mereka disekat-sekat kononnya. Padahal JPA tak buat apa-apa langkah pun untuk berbuat demikian. Senang sangat percaya. Sekarang, langsung sepi hal ni. Bukan sebab JPA dah tangani, tapi sebab penyebarnya dah dapat apa yang dia nak.

Marah pada propaganda RBA (kalau wujud la), tapi ikut sama modus operandi RBA (kalau betul wujud la).

Sumber :

COMMENTS