Projek cetak buku J-qaf RM80 juta : Blog dedah siapa Tengku Rozitatoria

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Tangkapan dan tahanan reman Mohd Fahim Mohd Farid Bekas setiausaha politik kepada Menteri Pendidikan menyebabkan Datuk Dr Radzi Jidin

panik dan perlu mencari jalan menutup kes rasuah buku bernilai RM80 juta. Oleh itu SPRM digesa menyiasat Radzi Jidin.

24 September Radzi terpaksa mengheret isterinya ke depan media menepis tuduhan Balkis binti Datuk Syeikh Haji Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar bukan bergelar Tengku atau keturunan kerabat raja.

Projek cetak buku J-qaf RM80 juta : Blog dedah siapa Tengku Rozitatoria

Katanya Balkis adalah anak kepada seorang ulama besar di Kedah. Berbuih mulut Radzi Jidin menceritakan keturunan isterinya semata-mata untuk untuk pengalihan isu.

Namun Radzi kantoi kerana persoalan besar Netizen ialah bukan mengenai isterinya TENGKU tetapi isterinya adalah proksi kepada seorang Tengku. Tangkap layar Aplikasi WhatApps terawal jelas membuktikannya.

Mesej itu mendedahkan Syarikat proksi kepada isteri Radzi ialah ATR One & Only Enterprise

Persoalan besar siapa Tengku yang menjadi proksi isteri Radzi?

Di kala Radzi membuat penafian pada sesuatu bukan isu para penyokong kuat Perikatan Nasional mengesahkan benarlah proksi isteri Radzi itu seorang Tengku iaitu TENGKU ROZITATORIA BINTI TENGKU ROSTAM.

Yang dicari ialah siapa Tengku itu? Kini dah ada

Siapakah dia?

Tidak banyak maklumat mengenai Tengku Rozitatoria namun semakan menunjukkan beliau berasal dari Machang Kelantan dan menetap di Desa Pandan Kuala Kumpur. Adik beradiknya ada yang bergelar peguam.

Dalam perniagaan nama Tengku Rozitatoria Tengku Rostam pernah dikaitkan dengan syarikat senarai awam Wah Seong Corporation Bhd tahun 2017. Syarikat ini kini bertukar nama sebagai Wasco Berhad.

Makluman Bursa Malaysia 13 September 2017 mengumumkan sebuah syarikat usaha sama iaitu WS Integrasi Sdn. Bhd. (“WS Integrasi”) antara WSC dan Tengku Rozitatoria Tengku Rostam bagi perniagaan perdagangan, pengedaran, jualan dan pemasaran produk dan perkhidmatan Kumpulan WSC dalam industri Minyak dan Gas, Tenaga Diperbaharui, Kejuruteraan, Perindustrian dan Hartanah (termasuk pengambilan tanah) serta menjalankan peluang perkhidmatan perniagaan luaran yang lain .

Namun syarikat WS Integrasi Sdn Bhd bersama Tengku Rozitatoria Tengku Rostam ini tidak berjaya..

Maka pada 30 Disember 2022 Wah Seong Corporation Bhd Syarikat yang dikuasai oleh Dato’ Seri Robert Tan Chung Meng mengumumkan di Bursa Malaysia WS Integrasi Sdn. Bhd pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan 30 Disember 2022 meluluskan resolusi khas untuk menggulung WSI melalui Penggulungan Sukarela Ahli oleh pemegang sahamnya (“Penggulungan Sukarela Ahli”).

Bagi syarikat ATR One & Only Enterprise dimiliki Tengku Rozitatoria Tengku Rostam yang tular kes RM80 juta projek percetakan buku setakat ini tiada makluman dan kenyataan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Memandangkan SPRM telah mereman Setiausaha Politik Radzi Jidin pastinya banyak perkara ditemui dalam siasatan itu. SPRM juga mengesahkan akan memanggil Radzi memberikan keterangan dalam tempoh terdekat.

Semoga SPRM berjaya menangkap Radzi Jidin yang terkenal rasuah dan ‘kaki pau’ ketika sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Sumber: https://www.thecorporate-secrets.com/blog/2023/09/26/penyokong-pn-sahkan-balkis-isteri-radzi-proksi-tengku-rozitatoria-projek-buku-rm80-juta/

BACA: Radzi Jidin bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX, sekali bekas Menteri Agama buka mulut